10 LANTERN PERKHEMAHAN TERBAIK
?????? ?????? ????? ????????
.
Lantern yang baik menjadi keperluan ketika berkhemah. Penggunaan lantern yang bagus dapat menjadikan perkhemahan korang lebih sempurna. Perkara yang penting semasa memilih lantern adalah kecerahan (lumen), masa operasi, berat, cara penyimpanan, dan sumber kuasa (gas atau elektrik)
.
Penggunaan lantern dapat menerangi seluruh campsite dan memudahkan korang untuk melakukan kerja dengan menggunakan kedua belah tangan. Selain untuk berkhemah, lantern juga sesuai diletakkan di dalam kereta atau di rumah sebagai persiapan jika berlaku kecemasan.
.
Di sini kami senaraikan 10 lantern camping terbaik berpandukan GEARJUNKIE untuk tahun 2022 yang digunakan di seluruh dunia. Lantern terbaik kategori keseluruhan ada di Outdoor Pro.
.
?Lantern Terbaik Keseluruhan – Ledlenser ML6 Lantern
Mahukan lantern sebesar cawan? Ledlenser ML6 jawapannya. Ketinggian 19.8cm, mudah digenggam, dan mempunyai magnet pada tapak. Boleh menghasilkan cahaya sehingga 750 lumen dan bertahan sehingga 240jam pada cahaya minimum. Masa pengecasan hanya 5jam untuk bateri berkapasiti 3000mAh.
.
?Lantern Kedua Terbaik Keseluruhan – Lander Cairn XL Lantern
Saiz sebesar tapak tangan, bateri terbina di dalam berkapasiti 10,000mAh dan boleh dijadikan powerbank. Kecerahan maximum 350 lumen bertahan sehingga 250jam pada cahaya minimum. Menghasilkan cahaya pelbagai warna dan boleh dikawal menggunakan aplikasi pada smartphone.
.
?Lantern Bajet Terbaik – Black Diamond Moji Lantern
Menggunakan 3biji bateri AAA, berat 122gram termasuk bateri. Maximum cahaya 100 lumen, bertahan 70jam pada lumen rendah. Terdapat lima pilihan warna lampu; Dark Berry, Fern, Graphite, Process Blue, dan Vibrant Orange.
.
?Lantern Bajet Kedua Terbaik – LE LED Camping Lantern
Saiznya agak besar, 18cm tinggi dan 9cm lebar. Penutup lampunya boleh dibuka supaya ia lebih kecil dan mudah disimpan. Menghasilkan cahaya maximum 1000 lumen dan bertahan selama 14jam dengan hanya menggunakan 3biji bateri saiz D. Beratnya adalah 400gram termasuk bateri.
.
?Lantern Solar Terbaik – Goal Zero Crush
Menggunakan bateri lithium polymer yang dicas menggunakan cahaya matahari atau USB. Menghasilkan cahaya maximum 60 lumen dan beroperasi sehingga 35jam pada lumen rendah. Beratnya hanya 90gram dan boleh dileperkan untuk memudahkan penyimpanan.
.
?Lantern + Flashlight Terbaik – EJ Case XTorch
Boleh dicas menggunakan solar panel tersedia atau USB, menggunakan bateri lithium LiFePO4. Menghasilkan cahaya maximum 400 lumen dan boleh beroperasi sehingga 48jam. Berfungsi sebagai lantern dan juga flash light.
.
?Lantern Berantai Terbaik – MPOWERD Luci String Lights
Mempunyai 10 mentol kecil yang berhubung pada satu wayar sepanjang 5.5meter. Menghasilkan cahaya maximum keseluruhan 100 lumen berwarna kuning dan beroperasi sehingga 20 jam. Baterinya boleh dicas menggunakan cahaya matahari atau USB. Sesuai digantung mengelilingi khemah, nak buat lampu raya pun boleh takde masalah.
.
?Lantern Lilin Kecemasan Terbaik – UCO Original Candle Lantern Kit
Sumber cahaya dari lilin yang mampu menghasilkan cahaya 20 lumen dan pembakaran selama 9jam. Saiz hanya sebesar tapak tangan dan sangat membantu diwaktu kecemasan. Lilin yang digunakan jenis ‘dripless’, jadi takde la lelehan lilin yang mencair pada permukaan lantern.
.
?Lantern Gas Mudah Alih Terbaik – Primus EasyLight Camping Lantern
Menggunakan gas butane propane dan menghasilkan cahaya maximum 490 lumens. Satu botol gas butane propane 230gram boleh bertahan sehingga 24jam pembakaran. Didatangkan dengan kotak plastik untuk memudahkan penyimpanan dan hanya seberat 193gram.
.
?Lantern Klasik – Coleman Gas Lantern|1000 Lumens Deluxe Propane Lantern
Menggunakan dua mantle dan menghasikan cahaya 1000 lumens yang boleh menerangi kawasan berkeluasan 23meter. Satu botol gas butane propane 450gram boleh bertahan selama 7.5jam pada cahaya maximum. Berhati-hati ketika menggunakannya kerana cerminnya akan menjadi sangat panas bila api dinyalakan.
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorlovers #outdoorpromalaysia #outdoorjohor
Leave a Reply