Navigation
Account
Cart 0 items for RM0.00

No products in the cart.

tent

9 PRODUK WOODCRAFT YANG POPULAR DI KALANGAN CAMPER

Bila sebut pasal woodcraft pasti kita dapat bayangkan produk yang dihasilkan daripada kayu. Tak kira di rumah, pejabat, ataupun ketika camping pasti ada peralatan yang diperbuat daripada kayu contohnya meja, kerusi, rak, dan pinggan mangkuk. . Di Malaysia, produk woodcraft untuk peralatan camping semakin mudah untuk diperoleh dan bagi yang kreatif produk woodcraft ni boleh dihasilkan sendiri. Kebanyakan produk woodcraft ni diperbuat dari kayu luar negara seperti kayu Pine, Beige, dan Oak kerana urat kayunya lebih cantik dari kayu tempatan. Bagi kayu tempatan pula, kayu getah antara yang digunakan bagi menghasilkan woodcraft kerana warnanya yang cerah.

Read More

7 TIPS SNAP GAMBAR “CUN” KETIKA CAMPING

Mesti korang selalu geram bila orang lain snap gambar hasilnya tiptop. Tapi bila sendiri snap gambar hasilnya macam pelam, benyek, dan lenyek. Nak kata kamera tak power, lens dah berpuluh-puluh megapixel. Jadi mana silapnya? . Sebenarnya semua ni perlukan teknik yang betul. Bila teknik betul, ambil gambar sambil buat backflip pun gambar jadi cun. Tak kisah korang pakai kamera paling canggih, smartphone paling terbaru, teknik snap gambar tu penting. Teknik betul, pixel kamera power, baru la hasilnya nampak tiptop.

Read More

MOUNTAINHIKER 4-5 PERSON NISHIKAWA CABIN COTTAGE

Rekaan klasik, ringkas dengan cita rasa mewah. Bagi peminat tema warna khaki, khemah Nishikawa ni antara pilihan terbaik. Dari luaran nampak biasa-biasa je, tapi bila dah masuk dalam boleh tahan luas dan kelihatan premium. Ruangan dalamnya juga boleh memuatkan 4buah katil camping saiz single. Tinggi khemah ni 210cm, nak berdiri dalam khemah pun tak jadi masalah.

Read More

ALPICOOL PORTABLE FREEZER

Tengok gambar je mungkin tak boleh nak bayang. Ni kami payung sikit video peti sejuk Alpicool. Jom layan video ni, jangan lupa tag kawan-kawan untuk dirachun. . ??????? ??? – ?? ??????? ???? ????????? #outdoorpromalaysia #outdoorjohor #alpicool

Read More

10 MENU MASAKAN SEMASA CAMPING

Betul la orang kata, makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Tujuan kita makan ni pertama untuk menghilangkan rasa lapar, kedua untuk memulihkan tenaga, dan ketiga untuk menambah zat-zat dalam badan. Makan terlalu banyak pun tak elok, nanti boleh jadi penyakit. . Berkhemah dan makan tak pernah berpisah. Dah penat drive jauh, angkat barang lagi, lepastu setup khemah pulak, semua tu guna tenaga. Ada orang dapat nasi panas, telur, dan kicap dah cukup hingga menjilat jari. Ada pula yang mesti nak makan lauk berat baru boleh kenyang.

Read More

BAREBONES RAILROAD

Salam akhir tahun gais!! Harini min nak kongsi video product review untuk Barebones Railroad Lantern. Ya, lantern Aesthetic dan Classic kegemaran ramai, bukan setakat boleh bawa masa camping je malah korang bole display kat rumah untuk tujuan decoration.

Read More

TICKET TO THE MOON FULL MOON TARP

Hi gais, bertemu lagi kita!! Kalini min nak kongsikan tarp “bulan penuh” dari Ticket To The Moon. Haaa, dengan satu tarp ni korang boleh setup pelbagai bentuk, mengikut citarasa dan kesesuian lokasi korang nak guna. Nak tahu lebih lanjut? layan video review dulu.

Read More

8 TIPS PEMILIHAN KHEMAH

Nak beli khemah tapi tak pandai pilih? Mudah je guys. Beli khemah sebenarnya sama je macam korang beli kereta, banyak pilihan tapi perlu cari yang terbaik untuk kita. Jangan risau, kali ni kami bagi 8 tips yang boleh korang gunakan semasa beli khemah nanti.

Read More

KZM CAMPING FESTIVAL 2022

Hi gais!! Baru baru ni, KZM Malaysia ada menganjurkan #KZMCampFest2022 pada 25-27/11/2022 di Paya Indah Wetlands, Gamuda Cove, dan kami dijemput untuk meriahkan Camping Fest tersebut. Terima kasih kerana menjemput kami team Outdoor Pro.

Read More

TEKNOLOGI KHEMAH KZM

Secara logiknya, warna hitam akan lebih menyerap cahaya dan haba berbanding warna yang lebih cerah. Tapi tu semua boleh dikurangkan dengan adanya 3 teknologi yang admin rasa amat inovatif dan sangat membantu untuk memberikan pengguna merasai lebih keselesaan apabila berada di dalam khemah KZM ini.

Read More

7 KEBAIKAN CAMPING UNTUK ANAK-ANAK

?????? ??????????? ???? ????? ????-????? . Perkhemahan kini sudah menjadi trending dikalangan rakyat Malaysia. Ianya bukan hanya terhad kepada orang dewasa malah boleh melibatkan kanak-kanak tak mengira usia. Kebanyakan mereka yang menjadikan perkhemahan ini satu aktiviti keluarga banyak memberikan impak positif kepada anak-anak. Jadi pada kali ni kita kupas sedikit kebaikan aktiviti perkhemahan kepada anak-anak.

Read More

FUEL LANTERN VS RECHARGEABLE LANTERN

Perkataan lantern berasal dari bahasa Greek, ??????? yang membawa maksud ‘untuk menerangi’. Sebutannya berubah mengikut zaman menjadi ??????̄? (Greek), kemudian ???????? (Latin), ???????? (French lama), dan akhirnya menjadi lantern (English).Zaman dulu, lilin digunakan sebagai sumber nyalaan api untuk lantern. Mengikut peredaran zaman, minyak seperti minyak tanah (kerosene), disel (diesel) dan petrol (gasoline) mula digunakan sebagai bahan bakar. Terkini, lantern sudah menggunakan cahaya dari mentol elektronik atau LED.

Read More

GLAMPING & HAMMOCK FIESTA MALAYSIA 2022

Outdoor Pro mengucapkan tahniah kepada penganjur diatas kejayaan menganjurkan Glamping And Hammock Fiesta Malaysia (GHFM) di Tiger Base Camp, Kota Tinggi, Johor pada 3 & 4 September 2022. Terima kasih atas sokongan dan penyertaan para peserta yang sangat membantu menjayakan program tersebut. Korang semua memang AWESOME!!!!

Read More
Back to top