Navigation
Account
Cart 0 items for RM0.00

No products in the cart.

hiking

SWEDISH TORCH

SWEDISH TORCH

SWEDISH TORCH, Cara Paling Mudah Cipta Suasana Camping Yang Lebih Hidup! Tak lengkap rasanya malam camping tanpa cahaya api yang hangat dan menenangkan. Swedish Torch diperbuat daripada kayu Akasia berkualiti, direka untuk memberikan pengalaman api unggun yang praktikal tanpa perlu susah-susah susun kayu bakar. . Kayu Akasia yang tahan lama & sesuai untuk kegunaan outdoor Mudah dinyalakan untuk suasana camping yang lebih selesa Ketinggian 30–32cm, saiz ideal untuk dibawa ke tapak perkhemahan Dilengkapi handle untuk mudah diangkat dan dipindahkan Memberi cahaya & kehangatan semasa aktiviti malam Menjadikan campsite lebih menarik untuk berkumpul, memasak atau bersantai . Bila matahari terbenam dan suhu mula menurun, Swedish Torch menjadi pusat kenangan, tempat berkumpul dan menikmati malam bersama keluarga serta rakan-rakan di alam semula jadi. . . BERMINAT? Dapatkan disini: https://outdoorpro.com.my/?s=swedish+torch&post_type=product . #OutdoorPro #SwedishTorch #CampingMalaysia #CampingLife #Unggunapi #OutdoorLifestyle #CampingGear #KhemahMalaysia #Campfire

Read More
APA YANG SAR HARAP KITA BUAT BILA SESAT DI HUTAN?

APA YANG SAR HARAP KITA BUAT BILA SESAT DI HUTAN?

. Ramai orang fikir jalan keluar itu perlu dicari segera. Tapi sebenarnya berhenti di tempat yang betul lebih menyelamatkan nyawa seorang pendaki. Dalam keadaan panik, langkah yang salah boleh bawa kita makin jauh. Bukan berlari. Bukan menjerit tanpa arah. Tapi bertenang dan fikir dengan waras. . 𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗠𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗦𝗲𝘀𝗮𝘁 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗦𝘂𝘀𝗮𝗵 𝗗𝗶𝗷𝘂𝗺𝗽𝗮𝗶? Bukan sebab SAR datang lambat. Selalunya sebab mangsa terus bergerak dan meninggalkan kawasan carian asal. Gelap boleh dilawan dengan cahaya. Tapi panik boleh buat kita hilang arah, tenaga dan pertimbangan. . 𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗦𝗲𝘀𝗮𝘁, 𝗗𝘂𝗱𝘂𝗸 𝗗𝗶𝗮𝗺 𝗗𝘂𝗹𝘂. Kekal di tempat selamat adalah keputusan paling bijak. Ilmu Ketika ini boleh jadi penyelamat. Terutama bila telefon tiada line dan jalan keluar mula kelihatan sama. Sekali tersalah simpang, semua orang boleh jadi mangsa. Yang membezakan ialah cara kita bertindak selepas itu. . Dalam dunia outdoor, antara perkara yang paling ramai takut ialah sesat. Tak kisah sama ada kita baru mula hiking atau sudah banyak kali masuk hutan, risiko itu tetap ada. Kadang-kadang bukan sebab kita cuai sangat pun. Laluan boleh berubah, cuaca boleh bertukar, tanda di trail boleh hilang, dan badan yang penat boleh buat kepala mula susah untuk berfikir dengan jelas. . Ramai orang bila sedar diri sudah sesat akan terus…

Read More
GUNUNG TAK PERNAH PAKSA KITA SAMPAI KE PUNCAK

GUNUNG TAK PERNAH PAKSA KITA SAMPAI KE PUNCAK

. Bagi ramai orang yang suka hiking, momen matahari naik di atas awan memang ada rasa yang susah nak cerita. Kita bangun awal, gerak waktu orang lain masih tidur, redah gelap dengan headlamp, tahan sejuk, tahan mengantuk, semata-mata untuk dapat beberapa minit cahaya yang perlahan-lahan muncul di kaki langit. . Admin faham rasa itu. . Yang bahaya bukan sunrise tapi 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗸𝘂𝗮𝘁 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶, 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗮𝗯𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗮𝗱𝗮𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗱𝗮𝗻, 𝗰𝘂𝗮𝗰𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗮𝗱𝗮𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻. Ramai yang mula hiking dalam keadaan semangat. Tapi bila target terlalu tinggi, kepala mula menipu badan. Kaki dah berat, nafas dah pendek, lutut dah goyang, perut dah kosong, tapi mulut masih cakap “boleh lagi”. Bukan sebab badan betul-betul kuat tapi sebab malu untuk jadi orang pertama yang minta berhenti. . Di sinilah bahaya dia bermula. . Dalam trip sunrise, masa biasanya agak ketat. Orang mula rasa kalau lambat sedikit, rugi. Kalau berhenti lama, terlepas. Kalau patah balik, sia-sia. Akhirnya keputusan yang sepatutnya dibuat dengan bernas mula dibuat dalam keadaan penat, gelap, sejuk dan terburu-buru. . 𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗮𝘁, 𝗸𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗽𝘂𝗻 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗽𝗮𝘁. Ini benda yang ramai orang outdoor berpengalaman sangat faham. Penat boleh buat kita kurang sabar & kurang peka dengan…

Read More
ADA ORANG CAMPING NAK HEALING, ADA ORANG CAMPING NAK GATHERING

ADA ORANG CAMPING NAK HEALING, ADA ORANG CAMPING NAK GATHERING

. Camping ini menarik sebab setiap orang datang dengan niat yang berbeza. Ada yang datang untuk lari sebentar daripada bunyi bandar, kerja yang tak habis, telefon yang tak berhenti berbunyi dan kepala yang terlalu serabut. Bila sampai campsite, benda pertama yang dicari bukan aktiviti. Cukup kalau dapat dengar bunyi air sungai, angin lalu celah pokok dan unggas malam yang jadi muzik semula jadi. . Tapi ada juga yang camping sebab nak rasa suasana hidup. Nak berkumpul dengan kawan-kawan, masak sama-sama, gelak sampai tengah malam, bancuh kopi, bakar BBQ dan tengok anak-anak berlari tanpa terlalu banyak skrin di tangan. Untuk golongan ini, campsite yang terlalu sunyi mereka rasa kosong. Mereka datang untuk berkongsi cerita, bukan untuk duduk diam seorang diri. . 𝗦𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮, 𝗰𝗮𝗺𝗽𝗶𝗻𝗴 𝘀𝘂𝗻𝘆𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗰𝗮𝗺𝗽𝗶𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗶𝘀𝘂 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹. 𝗜𝗮 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘀𝗲𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗿𝘂𝗻𝗮𝗴 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗲𝗵𝗮𝘁. Ada orang recharge tenaga bila suasana tenang. Ada orang pula recharge bila dikelilingi orang yang rapat. Sama macam kehidupan harian, ada orang penat sebab terlalu banyak manusia. Ada orang pula penat sebab terlalu lama memendam seorang diri. . Admin perasan dalam dunia outdoor Malaysia, dua-dua gaya ini memang wujud dengan kuat. Ada geng yang sanggup cari campsite jauh sedikit sebab…

Read More
Ticket To The Moon Backpack Plus

Ticket To The Moon Backpack Plus

“Kecil Tapi Besar” Itulah perumpaan yang sesuai untuk TTTM Backpack Plus ni. Korang yang selalu ada masalah storage boleh dapatkan TTTM Backpack Plus ni, kerana reka bentuk yang compact dan ringan mudah untuk disimpan dan dibawa kemana sahaja.Mempunyai isipadu sebesar 25liter,

Read More
Keen Men's Uneek Sandal US10 timberwolf plaza taupe

Adakah Keen Waterproof ?

Perlu ke pakai sandal yang gunakan material waterproof? Mesti la perlu sebab kat Malaysia ni beriklim khatulistiwa, iaitu mempunyai suhu yang seragam, kelembapan yang tinggi dan hujan yang banyak (rujukan METMalaysia). Nampak tu ‘hujan yang banyak’.

Read More
FJALLRAVEN KAIPAK 38

FJALLRAVEN KAIPAK 38

Untuk trekking, hiking, travel, dan juga kasual, Fjällräven Kaipak 38 adalah backpack yang sesuai untuk pelbagai aktiviti. Saiz 38liter ni korang boleh muat masukkan 12 helai tshirt microfiber beserta 12 helai seluar hiking jenis quick-dry. Itu pun Min sumbat ikut suka, kalau lipat betul-betul boleh muat lebih lagi.

Read More
10 JENAMA BACKPACK IDAMAN HIKER MALAYSIA

10 JENAMA BACKPACK IDAMAN HIKER MALAYSIA

Korang selalu ontrek? Mesti korang akan nampak bermacam jenama backpack yang geng hikers pakai. Ada jenama yang mudah nak dapat di Malaysia. Ada pula jenama yang agak ‘rare’ dan kadang-kadang korang pun tak tahu jenama tu wujud. . Setiap jenama ada kelebihan masing-masing. Ada hikers yang obses dengan satu jenama, ada pula yang tak kesah jenama yang penting sampai puncak.

Read More
GERBER

GERBER

Jenama Gerber telah diasaskan oleh Pete Gerber pada tahun 1939 di Portland, Oregon, Amerika Syarikat. Sejak penubuhannya, peralatan seperti pisau dan multi-tools dari jenama Gerber dipakai secara meluas oleh askar, pemburu, dan pedagang yang merantau. Terkenal dengan nama ‘Gerber Legendary Blades’, ia telah menghasilkan pisau tempur (combat knives) bagi kegunaan askar pada Perang Dunia Kedua.

Read More
OSPREY SAVU2 VS SAVU5

OSPREY SAVU2 VS SAVU5

Betul ke Osprey ada keluarkan beg khas untuk MTB? . Ye, Betul!! Kepada sesiapa yang belum mengetahui akan Lumbarpack, Osprey ada 2 verian iaitu Savu 2 & Savu 5. Selain daripada material yang digunakan tu bagus dan tahan lasak, Savu juga ringan. .

Read More
CAMELBAK REPACK LR 4 50 OZ

CAMELBAK REPACK LR 4 50 OZ

Cara terbaik untuk pakai Camelbak Repack LR 4 adalah dengan bahagian kantung bagnya berada di belakang pinggang. Cara ni memudahkan untuk pengguna melakukan pergerakan semasa aktiviti seperti berbasikal, hiking, ataupun jungle trekking. Nak pakai kat depan boleh buat cover perut onepack tapi nak tunduk memang susah sebab saiz bagnya agak besar.

Read More
BAREBONES RAILROAD

BAREBONES RAILROAD

Salam akhir tahun gais!! Harini min nak kongsi video product review untuk Barebones Railroad Lantern. Ya, lantern Aesthetic dan Classic kegemaran ramai, bukan setakat boleh bawa masa camping je malah korang bole display kat rumah untuk tujuan decoration.

Read More
TICKET TO THE MOON FULL MOON TARP

TICKET TO THE MOON FULL MOON TARP

Hi gais, bertemu lagi kita!! Kalini min nak kongsikan tarp “bulan penuh” dari Ticket To The Moon. Haaa, dengan satu tarp ni korang boleh setup pelbagai bentuk, mengikut citarasa dan kesesuian lokasi korang nak guna. Nak tahu lebih lanjut? layan video review dulu.

Read More
8 TIPS PEMILIHAN KHEMAH

8 TIPS PEMILIHAN KHEMAH

Nak beli khemah tapi tak pandai pilih? Mudah je guys. Beli khemah sebenarnya sama je macam korang beli kereta, banyak pilihan tapi perlu cari yang terbaik untuk kita. Jangan risau, kali ni kami bagi 8 tips yang boleh korang gunakan semasa beli khemah nanti.

Read More
Back to top