GUNUNG TAK PERNAH PAKSA KITA SAMPAI KE PUNCAK
.
Bagi ramai orang yang suka hiking, momen matahari naik di atas awan memang ada rasa yang susah nak cerita. Kita bangun awal, gerak waktu orang lain masih tidur, redah gelap dengan headlamp, tahan sejuk, tahan mengantuk, semata-mata untuk dapat beberapa minit cahaya yang perlahan-lahan muncul di kaki langit.
.
Admin faham rasa itu.
.
Yang bahaya bukan sunrise tapi 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗸𝘂𝗮𝘁 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶, 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗮𝗯𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗮𝗱𝗮𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗱𝗮𝗻, 𝗰𝘂𝗮𝗰𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗮𝗱𝗮𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻. Ramai yang mula hiking dalam keadaan semangat. Tapi bila target terlalu tinggi, kepala mula menipu badan. Kaki dah berat, nafas dah pendek, lutut dah goyang, perut dah kosong, tapi mulut masih cakap “boleh lagi”. Bukan sebab badan betul-betul kuat tapi sebab malu untuk jadi orang pertama yang minta berhenti.
.
Di sinilah bahaya dia bermula.
.
Dalam trip sunrise, masa biasanya agak ketat. Orang mula rasa kalau lambat sedikit, rugi. Kalau berhenti lama, terlepas. Kalau patah balik, sia-sia. Akhirnya keputusan yang sepatutnya dibuat dengan bernas mula dibuat dalam keadaan penat, gelap, sejuk dan terburu-buru.
.
𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗮𝘁, 𝗸𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗽𝘂𝗻 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗽𝗮𝘁. Ini benda yang ramai orang outdoor berpengalaman sangat faham. Penat boleh buat kita kurang sabar & kurang peka dengan tanda bahaya kecil yang sebenarnya sedang muncul.
Kawan yang mula diam.
Langkah yang makin perlahan.
Cuaca yang makin berubah.
Perut yang belum masuk makanan.
Badan yang mula menggigil.
Semua ini bukan benda kecil bila kita berada di atas trail.
.
Gunung tidak tahu kita datang dari mana. Gunung tidak tahu kita sudah ambil cuti. Gunung tidak tahu kita sudah drive jauh. Gunung juga tidak rugi apa-apa kalau kita tidak sampai puncak hari itu. Tapi ingat keluarga kita sentiasa tunggu kepulangan kita. Badan kita ada had yang perlu kita tahu. Sunrise tetap akan ada lagi. Tapi peluang untuk balik dengan selamat itu yang perlu dijaga setiap kali kita masuk trail.
.
𝗦𝘂𝗻𝗿𝗶𝘀𝗲 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝗶𝗻𝗱𝗮𝗵. 𝗧𝗮𝗽𝗶 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 𝗸𝗲𝗶𝗻𝗱𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗶𝘁𝘂 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻. Kalau sampai, syukur. Kalau tak sampai, tidak semestinya gagal. Yang paling penting ialah 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁, 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗶𝗸 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴, 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗵𝗶𝘁.
.
Admin percaya ramai dalam komuniti Outdoor Pro pernah melalui situasi macam ini. Ada masa badan dah rasa nak berhenti, tapi kepala masih paksa untuk teruskan perjalanan. Pernah jadi pada tuan atau group hiking tuan? Jom kongsi pengalaman di ruangan komen supaya orang lain boleh belajar juga.
.

