KIPAS NOMBOR 7 TU PALING MURAH, TAPI SUSAH UNTUK DAPAT !
Untuk anda yang tertanya kipas macam mana yang sesuai untuk di bawa semasa aktiviti perkhemahan, posting ini memang khas untuk anda. Kita huraikan di bawah.
.
Ada 3 aspek yang menjadi penentu dalam pemilihan kipas iaitu :
1. Jenis Tenaga yang digunakan
2. Kekuatan Angin yang dihasilkan
3. Ciri – Ciri Kipas
.
Setiap aspek ni ada perbezaan pada kipas itu sendiri dan menjadi pendorong sama ada kipas sesuai atau tidak untuk anda.
.
Untuk jenis tenaga, pilihan yang ada buat masa ni adalah sama ada menggunakan bateri Alkaline, bateri Lithium atau Solar Power. Ada yang lebih suka pada bateri Alkaline sebab mudah untuk di gantikan sekiranya habis tetapi menelan kos yang berterusan untuk membeli bateri. Bateri Lithium lebih jimat hanya perlu di cas sekiranya habis tetapi sebaliknya kebanyakkan kipas jenis ini tidak boleh di gunakan semasa di cas. Untuk yang “Eco-Friendly” solar sememangya baik tapi seperti yang kita tahu teknologi ni bukan semua mampu miliki.
.
Dah Tengok Kipas Terakhir ? ?
.
Seterusnya, kekuatan angin. Sememangnya tujuan asal kipas ini untuk memberikan pengudaraan yang lebih baik buat anda. Cara untuk menentukan dengan mudah adalah melihat seberapa jauh angin yang dihasilkan dapat pergi. Lebih jauh jarak angin yang dihasilkan maka lebih kuat tahap kekuatan angin. Bak kata pepatah mat salleh, the more the better..?
.
Apa yang dimaksudkan dengan ciri – ciri kipas ? Macam yang anda boleh lihat pada gambar, setiap jenis kipas berbeza. Pilih kipas yang akan banyak membantu anda. Ada yang nak kipas yang boleh digunakan untuk pelbagai situasi seperti dalam kereta atau waktu bekerja, dan ada yang nak khususkan untuk perkhemahan sahaja. Ambil kira perkara ni dan padankan dengan ciri – ciri kipas.
.
Kita ambil situasi yang dimana anda perlukan kipas khas untuk camping. Kipas 2 in 1 mungkin lebih sesuai dengan anda di mana ada lampu pada kipas. Jimat ruang dan lebih mudah untuk dibawa. Betulkan ?
.
Setiap orang mempunyai kehendak yang berbeza, adakalanya apa yang orang pakai sesuai dengan kita tapi ada masa perkara sebaliknya. Jadi ambil kira pendapat orang lain tapi penilaian hanya pada anda.
.
Semoga article pendek ini dapat membantu anda #outdoorlovers . Jumpa lagi untuk tips dan perkongsian seterusnya !
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorlovers #outdoorpromalaysia #outdoorjohor
Leave a Reply