FLYSHEET, TARP ATAU SHELTER?
Tiga istilah ini biasa digunakan dan ia merujuk kepada fabrik kalis air yang digunakan sebagai atap ketika berkhemah. Tujuan utama flysheet digunakan untuk melindungi hammock, khemah dan tempat tidur dari cahaya matahari dan juga hujan.
.
Gaya The A-Frame dan The Diamond paling kerap digunakan kerana ia lebih mudah dipasang. Selain itu terdapat juga beberapa gaya pemasangan flysheet yang boleh digunakan ketika berkhemah atau kecemasan; The Lean-To, The C-Fly Wedge, The Stealth, dan The Bunker.
.
??? ?-????? – Cara terpantas dan termudah untuk memasang flysheet. Menggunakan tali untuk menyokong bahagian tengah flysheet, dan pancang di sisi untuk membentuk segi tiga huruf A. Kerana sisinya yang curam, ia memberikan perlindungan yang mencukupi terhadap angin dan hujan.
.
??? ????-?? – Menggunakan reka bentuk asas The A-Frame tetapi sebelah bahagiannya lebih terbuka. Pergerakan keluar masuk lebih mudah kerana ruang terbuka lebih banyak.
.
??? ??????? – Gaya flysheet ini sangat popular dikalangan pengguna hammock. Dua bucu flysheet perlu diikat pada tali atau pokok dan dua lagi bucu akan dipasak ke tanah.
.
??? ?-??? ????? – Dengan menggunakan flysheet ia berfungsi sebagai dasar dan atap. Bentuk asasnya sama seperti The Lean-To cuma bahagian sisinya dilebihkan kebahagian dalam untuk dijadikan dasar. Jika dilihat dari tepi ia kelihatan seperti huruf C.
.
??? ??????? – Gaya flysheet ini agak sukar dipasang kerana memerlukan pemasangan ridgeline, tiga gelung prusik paracord dan juga flysheet berbentuk segi empat tepat yang mempunyai banyak eyelet. Namun kelebihan shelter jenis ini tidak memerlukan ground sheet yang berasingan.
.
??? ?????? – Bunker ialah tempat perlindungan rendah yang membungkus anda dengan flysheet di tiga sisi. Ia menggunakan ridgeline antara pancang ke pokok untuk membuat pintu pada bahagian hadapan flysheet. Beberapa guyline dan pancang diperlukan untuk meregangkan flysheet. Ia sesuai dijadikan perlindungan di tapak perkhemahan yang terdedah dengan laluan angin namun ruangannya agak kecil.
.
Sebagai info tambahan flysheet perlu dipasang dengan sedikit menyerong bagi memudahkan pengaliran air ketika hujan. Sekiranya berada di pantai, flysheet perlu dipasang menghadap laut bagi mengurangkan rintangan angin dan mencegah flysheet bertukar menjadi layang-layang ?
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorlovers #outdoorpromalaysia #outdoorjohor
Leave a Reply