TIPS KESELAMATAN GUNAKAN STOVE
Camping Dah Boleh On Guys !
.
Dah Tepu Duduk Rumah ? Simpanan Keseronokkan Dalam Diri Dah Habis ? Berkhemah di bawah bintang adalah pemulihan yang jelas anda perlukan untuk kembali tersenyum.
.
Dah agak lama kita terhenti dari melakukan sebarang aktiviti riadah di luar. Jadi jom kita refresh balik apa yang perlu kita lakukan untuk elakkan sebarang kecelakaan dari berlaku ?
.
Untuk Ulangkaji kita kalini, topik spesifik berkenaan keselamatan menggunakan stove. Tidak kira apa jua Stove yang anda gunakan, dari survival style, marhaen style mahupun kayangan style, keselamatan yang sama perlu dititik beratkan. Bawah ni senarai yang anda boleh gunakan untuk semak semula Stove anda.
.
Senarai Semak Keselamatan Gunakan Stove :
1. Gunakan stove pada permukaan rata.
2. Jangan memasak di dalam khemah
3. Peka dengan jarak memasak dengan khemah.
4. Tunggu dapur sejuk sebelum keluarkan kartrij gas.
5. Simpan Stove dan kartrij gas pada suhu yang betul.
6. Simpan dalam keadaan bersih.
7. Sentiasa periksa Stove anda untuk sebarang kerosakan sebelum menggunakan.
6. Jangan sesekali mengubah suai perkakas anda.
.
Ini sikit sebanyak reminder yang Min boleh berikan untuk anda semua yang semestinya akan melakukan aktiviti selepas sekian lama terkurung di rumah. Ambil masa sikit bagi pastikan keselamatan anda dan orang tersayang terjamin.
.
Ada peringatan lain yang anda nak kongsikan, boleh letak di ruangan komen ya.. #kitajagakita
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorlovers #outdoorpromalaysia #outdoorjohor
Leave a Reply