SOLO CAMPING
Berkhemah adalah kaedah terbaik untuk melepaskan diri dari kesibukan hidup seharian dan bersatu semula dengan alam.
.
Namun, kadang-kadang merancang perjalanan berkhemah dengan orang lain boleh menjadi lebih stress daripada yang sepatutnya..?
.
Dari usaha untuk menyelaraskan jadual beberapa orang, memastikan semua orang bawa peralatan, cari tahu siapa yang akan bertanggungjawab untuk makanan, semua ini boleh menjadi sakit kepala..!
.
Jadi, bagaimana anda menikmati semua kelebihan berkhemah yang luar biasa tanpa tekanan untuk semua perkara di atas ?
.
? ANDA PERGI BERKHEMAH SENDIRIAN..?
.
Memang ramai yang akan rasa “pelik” tapi kalau anda boleh pastikan perjalanan perkhemahan anda selamat dan menyeronokkan, anda pasti akan rasa pengalaman yang luar biasa.
.
Sebelum ambil keputusan untuk berkhemah sendiri, pastikan ini bukan perkhemahan pertama anda.
.
Berkhemah solo boleh berikan cabaran yang besar even untuk yang dah biasa lakukan perkhemahan solo, jadi pastikan sekurang – kurangnya anda ada asas pekhemahan.
.
Untuk berjaya berkhemah solo, anda perlu tahu bagaimana :
? Navigasi
? Pemasangan khemah
? Hidupkan api
? Mencari sumber air bersih
? Mengurus tapak khemah
? Menghindar diri daripada hidupan liar
? Ramal cuaca
? Tangani kecederaan dan perkara lain yang memerlukan pertolongan cemas
.
Selain daripada teknikal di atas, pastikan juga minimumkan kelengkapan, destinasi yang perkhemahan yang tidak terlampau jauh, beritahu keluarga dan rakan serta bawa alat kecemasan.
.
Belajar juga untuk sentiasa tenang dalam apa jua situasi. Ini akan membantu juga anda dalam kehidupan seharian. Bahan bacaan sangat berguna mengisi masa berseorangan anda nanti.
.
Akhir sekali ! Opitimistic mindset. Harapkan yang terbaik untuk pengalaman ini tetapi sentiasa bersedia untuk perkara yang buruk.
.
Berkhemah secara solo adalah salah satu pengalaman terindah yang dapat anda lalui, dan akan menghubungkan anda dan alam semula jadi dengan cara yang tidak pernah anda fikirkan.
.
Sampai di sini sahaja perkongsian kalini ! Stay tuned untuk sharing yang akan datang.
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorlovers #outdoorpromalaysia #outdoorjohor
Leave a Reply