TRICK GAMBAR CAMPSITE BOMBASTIC
Trick Gambar Campsite Bombastic Walaupon Korang Bukan Photographer
.
Harini min share sikit simple trick yang korang boleh try untuk dapatkan element wow tu.
.
1. Wujudkan Theme
Ada pelbagai tema yang korang boleh try. Antara yang popular Tema Scandinavian, Minimalist, Modern, Luxury, Tradisional dan pelbagai lagi tema yang korang boleh pilih. Tapi untuk wujudkan tema ni pilihan warna, jenis material dan jenis equipment mesti melambangkan tema korang. Contoh, kalau korang pilih tema scandinavian, majoriti equipment korang mesti dari warna putih dan gabungan element alam seperti material atau hiasan dari kayu. Bila setiap ciri korang dapat gabungkan dengan mantap, feel atau suasana tu akan lahir secara semulajadi.
.
2. Camera Angle
Untuk dapatkan gambar yang menarik, korang kena tau perkara apa yang akan menarik fokus dalam gambar. Bayangkan korang dah pon wujudkan tema scandinavian yang majoriti equipment korang gunakan macam khemah, cooler box, meja dah pon gunakan warna putih dan untuk menarik fokus korang pilih kerusi dari warna yang cerah. Semestinya kerusi itulah yang akan menarik fokus nanti. So pastikan kerusi tu ada di tengah gambar dan the best angle untuk gambar bukan dari eye level. Sama ada korang pilih angle bawah sikit or ke kanan sikit ini secara tidak langsung dapat satu view yang jarang dilihat dan itu yang akan jadi “wow”. Selain tu, timing pon akan pengaruh gambar.
.
3. Pay Attention on Small Detail
Trick yang last ni adalah untuk korang pastikan semua aspek synchronize. Dari equipment, positioning, accessories yang korang gunakan even kalau korang sendiri nak ada dalam gambar pastikan reaction muka dan pakaian yang korang gunakan melambangkan tema. Termasuk juga hiasan sekeliling kerusi yang korang gunakan. Bukan je korang dapat feel camping on another level tapi dalam masa yang sama create memory yang sangat memuaskan.
.
Dengan gunakan 3 simple trick ni gambar camping korang mesti lebih menarik ! Korang cubalah nanti. Jangan lupa untuk share kan trick ni pada yang lain ya.
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorlovers #outdoorpromalaysia #outdoorjohor
Leave a Reply