TACTICAL BAG VS HIKING BAG
Bag semuanya sama? Eh, taklah. Macam bag tactical dan bag hiking ni selalu orang ingat sama. Dari luaran memang nampak seakan-akan. Tapi fungsi dan kegunaannya berbeza.
Biasanya bag tactical ni digunakan oleh penguatkuasa macam askar dan polis. Ada je orang awam pakai bag tactical ni sebab ia kelihatan segak dan bergaya. Bag hiking ni pulak jarang nampak orang pakai buat jalan-jalan kat bandar. Biasanya memang guna waktu mendaki dan masuk hutan je. Kali ni kami kongsikan beberapa perbezaan antara bag tactical dan bag hiking sebagai panduan untuk korang pilih bag nanti.
?????
Sudah pasti bag hiking lebih ringan daripada bag tactical. Ini kerana bag hiking direka untuk kegunaan mendaki dan membawa kelengkapan pendakian. Lagi ringan bag tu lagi bagus dan boleh sumbat lagi banyak barang. Bag tactical lebih berat sebab fabrik dan material yang digunakan lebih tebal dan berat. Tapi bila dah pikul kat bahu okey je berat dia, takde la berat macam pikul seguni beras.
???? ??????
Bag hiking ni rekaan dia ringkas je, cuma banyak tali kat bahagian luar bertujuan untuk korang padatkan saiz bag tu. Baru la bag tu nampak kemas dan tak kembung. Rekaan bag tactical pula menyerupai bag yang askar atau polis pakai waktu operasi. Nampak lebih bergaya dan segak bila dipakai.
?????
Kebiasaannya bag tactical menggunakan warna penyamaran seperti hitam, kelabu, khaki dan hijau olive. Untuk pakai harian memang sesuai la warna bag tactical ni. Bag hiking pula banyak menggunakan warna-warna cerah dan menyerlah seperti oren, kuning, hijau, dan biru. Bagusnya warna cerah ni waktu dalam hutan senang nak untuk rakan-rakan lain nampak.
?????????
Bag tactical ni memang direka untuk kegunaan yang lasak. Korang tengok askar training, bag diorang tu guna main lanyak je tapi tetap tahan lama. Bukan nak kata bag hiking ni tak tahan, cuma ketahanan dia tak sama dengan bag tactical.
????????
Bag hiking biasanya ada satu ruang simpanan utama yang besar dan adakalanya boleh dipanjangkan. Bag tactikal biasanya ruang simpanan utamanya lebih kecil tetapi biasanya bag tactical dilengkapi Molle System pada bahagian luar untuk korang sangkut peralatan penting. Bag hiking jarang ada Molle System bagi mengelakkan ia tersangkut pada dahan dan ranting semasa dalam hutan.
.
Lepas ni nak beli bag tengok dulu jenis bag tu dan kegunaan dia. Bag tactical dengan hiking ni okey lagi tak jauh sangat beza. Jangan nanti hiking pakai bag laptop sudah, jauh sangat fungsi tu ?.
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorpromalaysia #outdoorjohor #backpack #tacticalvshiking
Leave a Reply