“DO AND DON’T” DI TAPAK PERKHEMAHAN
Peribahasa ada menyebut; masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Maksudnya kita perlu menyesuaikan diri mengikut lokasi dan keadaan supaya bersesuaian dengan suasana di tempat tersebut.
.
Sama juga bila kita berkhemah, pacak la mana-mana campsite pun pasti ada larangan dan peraturan yang perlu dipatuhi. Cuba korang bayangkan masuk campsite yang takde peraturan, maunya huru-hara campsite tu. Boleh jadi Zoo pun nampak lagi cantik dari campsite.
.
Sebagai panduan, kami kongsi serba sedikit apa korang boleh lakukan untuk menjadikan percutian perkhemahan korang selamat, menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan
.
Apa yang korang perlu buat ?:
✅Membuat tempahan tapak perkhemahan
✅Semak cuaca lebih awal
✅Bawa pakaian tambahan dan pakaian hangat untuk malam
✅Bawa bahan bakar tambahan
✅Jauhkan sampah dari unggun api sekurang-kurangnya 3 meter
✅Pastikan bara terpadam sebelum meninggalkan unggun api tanpa pengawasan
✅Sediakan air untuk memadamkan api jika perlu
✅Sentiasa bawa peti pertolongan cemas
.
Jangan buat ?:
❌Jangan pasang khemah dalam kegelapan (kecuali terpaksa)
❌Jangan nyalakan unggun api di atas tanah
❌Jangan tinggalkan unggun api tanpa pengawasan
❌Jangan biarkan anak-anak korang berlari di sekitar tapak perkhemahan orang lain
❌Jangan abaikan peraturan tapak perkhemahan
❌Jangan biarkan sampah di atas tanah pada waktu malam (seeloknya gantung atau masuk dalam tong sampah)
❌Jangan tebang pokok sesuka hati
❌Jangan membuat bising pada waktu malam
.
Pesanan tambahan, angka jangkitan COVID19 makin mendadak. Pastikan kita jaga SOP walau di mana pun kita berada. Kita Jaga Kita.
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorlovers #outdoorpromalaysia #outdoorjohor
Leave a Reply