Tips Penjagaan Multitools
Leatherman, Gerber, Victorinox, SOG semuanya Rosak ! kalau korang tak buat maintenance..
.
Multitools sesuai digunakan untuk pelbagai task dalam kehidupan harian. Menjadi teman dan kesayangan bagi “kaki EDC” untuk dibawa kemana sahaja tidak kira kerja atau sekadar mengisi masa terluang. Tetapi, ada teknik dan cara yang sesuai untuk korang dapat enjoy waktu bersama multitools korang untuk jangka masa yang panjang. Macam mana cara untuk korang pastikan semuanya dalam keadaan smooth dan dapat prevent dari karat ?
.
Peralatan paling mudah korang boleh gunakan untuk maintenance Min suggest gunakan Multitools Cleaning Kit. Untuk kit ni complete set dan proper way untuk korang bersihkan multitools korang. Kalau korang rasa kasar masa gunakan tools, itu tanda yang jelas untuk STOP ! dan buat maintenance. Jika korang ada access untuk gunakan air compressor,ini pon menjadi satu alat yang membantu untuk keluarkan kotoran pada multitools. Lagend gunakan lidi kayu selain dari berus gunakan berus gigi.
.
Macam mana dengan karat ? Firstly, Min nak korang tau yang multitools kebanyakkannya menggunakan material stainless steel. Eh, kalau macam tu kenapa multitools still boleh karat ? Jawapanya, material jenis stainless steel mempunyai campuran chromium yang berfungsi sebagai lapisan anti karat. Kebiasaanya cuma 18% kandungan chromium sahaja yang ada dalam campuran stainless steel. Lapisan ni boleh berkurangan (terutamanya ketika berada di kawasan laut / air masin).
.
So, cara nak mencegah karat adalah dengan menggunakan grease sesekali. Bukan sahaja dapat pastikan perlatan tidak karat, tapi juga dapat melancarkan pergerakkan tools. Andai kata korang baru lepas gunakan balik memancing then lupa nak maintenance, bukak je dah berkarat. Min sendiri selalu gunakan Autosol. Kemudian polish balik gunakan grease. Boleh beraksi kembali..!
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
Leave a Reply