KEMANA DESTINASI KORANG SELEPAS PKP?
Industri pelancongan menjadi salah satu sektor yang paling teruk terjejas akibat pandemik COVID-19. Dengan keadaan dan pergerakan terbatas, orang ramai diminta kekal berada di rumah dan tidak dibenarkan untuk keluar sewenang-wenangnya.
.
Jadi, tidak mustahil kebanyakan dari kita merancang untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa dan mesti ramai yang sudah mula ‘rindu’ untuk pergi bercuti. Mana taknya, dah lama terperuk dalam rumah, mesti korang merindui suasana dkt luar, menikmati keindahan alam semula jadi dan menghirup udara segar contoh pergi ke pantai dan pusat peranginan.
.
Tak kurangnya juga ada yang masih takut dan tak merancang sekali pun untuk keluar melancong di dalam dan luar negara. Memang ternyata, lepas ini semuanya bakal berubah dan kalau sebelum ini kita lebih tertumpu untuk berada di kawasan orang ramai, sekarang mungkin lebih ke arah tempat yang tidak ramai orang dan di kawasan terbuka.
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorlovers #outdoorpromalaysia #outdoorjohor
Leave a Reply