Rahsia Khemah Sejuk
“Papa panas lah duduk dalam khemah.. Berpeluh – peluh tidur dalam khemah malam tadi..”?
.
Mesti ada family members yang kurang seronok bila ada plan untuk bermalam tepi pantai kalau gunakan khemah kan. Antara sebabnya “Panas” bila tidur dalam khemah. So harinini min nak share sikit RAHSIA untuk pastikan semua family members korang rasa seronok tidur dalam khemah. Ada 4 point dekat sini yang min nak korang tahu khemah korang pilih tu ventilation dia padu.
.
1. Pintu
Untuk khemah korang ada ventilation yang bagus, pastikan pintu di hala pada arah angin. Tapi nak jadikan lagi Gempak, cari khemah yang ada 2 pintu. Jadi angin yang masuk dalam khemah bawak udara panas keluar pada pintu satu lagi. Confirm mama sayang papa lebih.
2. Tingkap
Design khemah sekarang ada macam – macam bentuk. Kalau ada peruntukkan lebih, min suggest invest pada khemah yang ada tingkap. Memang korang akan rasa puas hati dengan system ventilation khemah yang ada tingkap ni. Khemah pun tak bergoncang kuat musim2 angin kuat macam sekarang ni.
3. Tinggi
Dapatkan khemah yang tingginya lebih dari tinggi korang. Khemah dengan ketinggian 180cm memang nice sangat. Andai satu family ada 4 orang dalam satu khemah, haba yang badan setiap orang hasilkan takkan terasa disebabkan ruang dalam khemah yang besar. So sangat selesa bila ada dalam khemah. Plus ! Korang nak tukar baju or solat dalam khemah pon senang.
4. Kipas
Ini add on kalau still korang rasa 3 tips kat atas tu masih tak cukup nak jadikan dalam khemah sejuk. Cari kipas yang at least boleh tahan 15jam untuk digunakan. Lagi best yang boleh gunakan bateri alkaline and rechargeable sekali. Sekarang banyak portable kipas yang sesuai untuk korang bawak camping. Tinggal pilih je..?
.
So ini sahaja RAHSIA yang min nak reveal dengan korang kalini. Happy Camping guys !
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorlovers #outdoorpromalaysia #outdoorjohor
Leave a Reply