APA ITU HEAT STROKE?
Heat stroke berlaku apabila kita terdedah kepada suhu tinggi melampau dan kering hingga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa maut. Adakalanya badan boleh melebihi 40.5° C akibat pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas di samping menghadapi dehidrasi badan akibat kurang meminum air.
.
Ketika melakukan aktiviti outdoor, kita tidak dapat mengelak dari terdedah dengan cuaca panas. Berdasarkan catatan dari Jabatan Meteorologi Malaysia, suhu tertinggi pernah direkodkan di Malaysia ketika fenomena El Nino melanda negara pada 1998 mencecah sehingga 40.1° C. Korang bayangkan dengan suhu panas macam tu, memang cari penyakit la nak buat aktiviti outdoor.
.
Heat stroke ni tak kenal sesiapa, orang yang sihat tubuh badan dan aktif pun boleh kene heat stroke. Jadi pada kali ni kami kongsikan beberapa tips yang boleh digunakan bagi mengelakkan diri, keluarga dan insan tersayang daripada terkena heat stroke ketika melakukan aktiviti outdoor.
? ????? ??????? ?????, ?????? ??? ???????
Selain ringan, pakaian yang nipis dapat memberi pengudaraan yang baik kepada badan. Sewaktu berpeluh, peluh lagi mudah tersejat dan badan akan cepat sejuk. Elakkan pakai pakaian berwarna gelap seperti hitam, sebab warna gelap ni lebih memerangkap haba. Lagipun buat aktiviti outdoor ni eloknya pakai warna cerah supaya orang lain dapat tahu keberadaan kita dengan mudah.
? ????? ??????? ?????? ??????? ???? @ ???????
Penutup kepala ni penting untuk kita bagi perlindungan kepada organ di kepala. Bila kepala terdedah dengan panas berlebihan, mula la rasa mual, loya dan nak pitam. Korang mesti pernah nampak orang potong rumput tengah panas siap berbungkus kepala dan muka, tujuan dia sama nak elak kepanasan berlebihan.
? ??????? ???????? ???? ????????? (??????? ??? ??)
Yang ni sangat disyorkan bila kita buat aktiviti dekat tepi pantai atau ruang terbuka macam padang. Sunblock ni bukan sekadar menghindari sinaran UV berlebihan, malah ada kebaikan lain seperti mencegah kanser kulit, menghindari kulit terbakar, melembapkan kulit, dan membuatkan kulit awet muda. Tak perlu malu nak pakai sunblock sebab ada sunblock yang jernih tak berwarna. Kalau nak pakai yang jenis putih tu takde masalah, boleh join Ryan Bakery nanti.
? ????? ??? ???? ????? ????-?????? ????? ???????? ????????? ????? ??????? ????????????? ???? ????? ???
Bila dah panas mesti la haus, dapat air sejuk lega rasanya. Tapi seeloknya minum air suhu biasa dulu, badan dah mula sejuk baru la teguk air sejuk supaya badan tak terkejut. Makan buah pun bagus sebab dalam buah tu ada air dan zat yang diperlukan oleh badan.
? ????? ??????? ????????????? ???? ????? ???
Minuman macam ni dan seangkatan dengannya bukan untuk minum sesuka hati. Kebanyakan minuman tenaga ni ada kandungan gula yang tinggi untuk cover balik tenaga yang dah habis. Kalau buat aktiviti ringan tak perlu ambil banyak minuman tenaga. Bagi mereka yang melakukan aktiviti seperti marathon atau berbasikal, dah jadi satu kemestian untuk standby power gel.
? ???????? ???????? ???? ????? ??????? ?????
Nak cancel aktiviti yang dah dirancang ni memang berat. Tapi kalau dah panas sangat lebih baik kita utamakan keselamatan daripada kehendak. Akitiviti outdoor ni bila-bila je boleh repeat, keselamatan lebih penting.
.
??????? ???- ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorpromalaysia #outdoorjohor #heatstroke
Leave a Reply