7 KEBAIKAN CAMPING UNTUK ANAK-ANAK
?????? ??????????? ???? ????? ????-?????
.
Perkhemahan kini sudah menjadi trending dikalangan rakyat Malaysia. Ianya bukan hanya terhad kepada orang dewasa malah boleh melibatkan kanak-kanak tak mengira usia. Kebanyakan mereka yang menjadikan perkhemahan ini satu aktiviti keluarga banyak memberikan impak positif kepada anak-anak. Jadi pada kali ni kita kupas sedikit kebaikan aktiviti perkhemahan kepada anak-anak.
?. ???????????? ???? ????? ?????
Biasanya bila berkhemah, kita akan cari kawasan yang jauh dari kesibukan bandar macam hutan, sungai, dan pantai. Tempat macam ni kurang pencemarannya dan baik untuk kesihatan. Selain itu, aktiviti berkhemah ni ibarat bersenam. Mana taknya, khemah saje sekarang ni dah berkilo-kilo beratnya, boleh sado badan anak-anak nanti.
?. ??????????? ????????? ????? ????
Peralatan berkhemah tak sama macam peralatan yang biasa kita guna kat rumah. Kebanyakannya lebih ringkas, kecil dan perlukan lebih kemahiran. Nak lagi best boleh cuba bawa anak-anak ‘wild camping’.
?. ??????? ???? ????
Jati diri terdiri dari disiplin, sahsiah, identiti dan budaya. Bagi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak. Buat sesi ice-breaking antara keluarga semasa berkhemah. Mungkin anak kita dah tak sama macam tiga tahun lepas yang kita tahu atas faktor peningkatan usia, kematangan dan kawan. Waktu ni la nak bagi galakan motivasi, kalau takde cerita yang hebat buat cerita pun takpe. Yang penting boleh bagi aura positif untuk bina jati diri yang baik.
?. ???????????? ????????? ??????
Ni antara kebaikan paling mak ayah suka. Sekarang ni anak-anak pantang lapang sikit mesti gadget yang dicari. Bila berkhemah ni, lagi-lagi kawasan yang takde coverage tu memang dapat kurangkan anak-anak dari menggunakan gadget. Buat aktiviti sikit, confirm dah tak pandang gadget waktu berkhemah.
?. ?????????? ?????? ?????? ????????
Biasanya waktu harian mak ayah akan sibuk bekerja dan anak-anak sibuk dengan persekolahan. Waktu berkhemah ni la kita ada banyak masa untuk keluarga. Amalkan bekerjasama antara keluarga seperti angkat barang bersama, setup khemah, masak, dan kemas barang bersama.
?. ??????? ?????????? ???? ?????? ????
Alam semuala jadi ni hanya pinjaman dari generasi akan datang untuk kita hargai dan jaga sebaik mungkin. Kalau bukan kita yang ajar anak-anak tentang alam semula jadi siapa lagi kan? Ada masa lapang boleh ajak keluarga kutip sampah keliling campsite. Nanti spesis yang tak reti jaga kebersihan tu akan malu sendiri bila tengok anak-anak kecil kutip sampah.
?. ??????? ???? ?????????
Peralatan berkhemah tak la selengkap barang harian di rumah. Nak tidur tilam yang empuk tebal 10inci memang tak dapat la. Cukup makan, cukup tidur, hujan tak basah dah kira lengkap la tu cara berkhemahnya. Dari berkhemah, akan wujud rasa syukur tentang nikmat yang kita ada. Kalau nak makan menu tomahawk steak boleh je, tapi kene kerja keras sikit la.
.
Jadi lepas ni kita galakkan lagi anak-anak berkhemah. Mana la tahu bila diorang dah expert setup khemah, boleh la mak ayah releks sikit.
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorpromalaysia #outdoorjohor #camping
Leave a Reply