7 TIPS SNAP GAMBAR “CUN” KETIKA CAMPING
Mesti korang selalu geram bila orang lain snap gambar hasilnya tiptop. Tapi bila sendiri snap gambar hasilnya macam pelam, benyek, dan lenyek. Nak kata kamera tak power, lens dah berpuluh-puluh megapixel. Jadi mana silapnya?
.
Sebenarnya semua ni perlukan teknik yang betul. Bila teknik betul, ambil gambar sambil buat backflip pun gambar jadi cun. Tak kisah korang pakai kamera paling canggih, smartphone paling terbaru, teknik snap gambar tu penting. Teknik betul, pixel kamera power, baru la hasilnya nampak tiptop.Untuk elakkan hasil gambar korang pelam, benyek, dan lenyek, kali ni Outdoor Pro nak kongsi beberapa tips yang boleh korang praktikkan supaya gambar camping korang cun melecun. Gambar cun baru la seronok nak upload kat media sosial. Maklum la, kalau tak upload gambar orang ingat kita tak camping sebab takde bukti.
? ??????????? ????? ??????????
Orang power snap gambar pun sebenarnya snap gambar dari pelbagai sudut. Jangan snap gambar ikut eye level je, gambar tu jadi boring nanti. Cuba dari bawah, atas, sudut 45˚ , ada orang sanggup sampai berbaring untuk dapatkan hasil yang cun. Jangan kesah orang tengok cara kita snap gambar, gambar kita cara kita.
? ??????? ?????? ???????
Framing maknanya pembingkaian. Bukan maksud korang bawa bingkai gambar kehulu kehilir untuk snap gambar. Tujuannya framing untuk fokus kepada subjek di dalam gambar tu. Contohnya korang snap gambar laut dari dalam khemah, atau gambar khemah dari celahan dahan pokok, tak pun paling power gambar khemah dari lubang jarum. Framing ni tak semestinya penuh satu gambar, ada sikit objek di bawah atau tepi gambar dah cun.
? ???????? ?????? ?????????
Korang nak ke hasil gambar tu kelam je? Mesti taknak kan. Tak kira sumber cahaya tu dari matahari, lampu, ataupun flash kamera, cahayanya jangan lebih dan jangan kurang. Kalau pandai, boleh setting pencahayaan dari kamera smartphone je. Ada juga sumber dari mereka yang arif tentang photographer sarankan gambar yang di snap tu gelap sikit takpe boleh edit, tapi kalau gambar tu terlalu terang akan terang selamanya.
? ???? ??????? ??????
Kebanyakan smartphone ada setting potret pada kameranya. Biasanya setting potret ni akan fokus subjek paling depan dan kaburkan sedikit latarbelakangnya. Bila gambar macam ni senang orang dapat tahu apa yang kita nak tonjolkan pada gambar tu.
? ????????? ????? ??????
Perkara ni paling asas tapi ramai yang terlepas pandang, keluarkan smartphone terus buka kamera dan snap gambar. Bila tengok balik gambar tu kabur je, ingatkan kamera tak bagus, rupanya kanta kamera je yang kotor. Lagi satu ada yang sarungkan smartphone dengan sarung waterproof, untuk dalam air biasanya hasilnya cantik, tapi jadi tak cun dekat luar air sebab ada lapisan yang rapat pada kanta kamera. Kalau tak masuk air elok buka je sarung tu, senang nak pantau kanta kamera tu.
? ???? ?????? ???
POV singkatan dari Point Of View atau dalam Bahasa Melayu maknanya dari sudut pandangan kita. Gambar macam ni nampak lagi hidup. Biasanya orang akan snap gambar masuk sekali tangan atau kaki juru gambar tu. Masuk sikit je bukan banyak.
? ???? ????????????
Kalau dah takde idea sangat dan tak kreatif, memang ni la cara terbaik. Biasanya bila dah pakai photographer ni memang tiptop la hasilnya. Gambar cantik baru la senang nak tular di media sosial. Tapi kalau hasil tak setanding upah, boleh dah sarankan photographer tu tukar bidang.
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorpromalaysia #outdoorjohor #camping #tips
Leave a Reply