5 ALASAN KENAPA SLING BAG PILIHAN TERBAIK
????? ????? ??? ???? ?? ?????
.
Sling bag sangat popular pada era 90’an dikalangan budak sekolah, individu bekerja, dan juga digunakan pada bila-bila masa. Di sini kami kongsikan kenapa korang perlu pilih sling bag.
.
⚫️ Dibawa dengan pelbagai cara
Tidak seperti beg galas yang mesti dibawa di belakang badan, sling bag boleh dibawa dalam pelbagai cara dan posisi. Korang boleh sandang di atas satu bahu dan letakkan bagnya pada bahagian depan, sisi, atau pun belakang. Ada juga yang suka gantung sling bag pada leher jika isinya tidak berat. Tapi yang paling style waktu sekolah dulu tali bag letak pada dahi dan bagnya terjuntai ke belakang. Bila pakai macam ni nampak acah-acah gangster tapi dalam hati ada taman. ?
.
⚫️ Sangat mudah untuk digunakan
Korang tak perlu tanggalkan bag ketika mencari barang di dalamnya. Alihkan sahaja sling bag kebahagian depan dah boleh selongkar barang. Biasanya sling bag hanya ada satu ruang utama yang besar dan korang boleh sumbat macam-macam dalam tu.
.
⚫️ Sesuai ketika cuaca panas
Sling bag tidak melitupi badan dan mengakibatkan berpeluh. Ia mudah dialihkan kepelbagai posisi dan membenarkan udara kena pada badan dan terasa sejuk. Ada juga sling bag yang agak keras dan korang boleh berkipas guna bag tu. Multi-purpose kan?
.
⚫️ Rekaan yang ergonomic
Reka bentuknya dapat mencegah dari kesakitan pada leher, bahu dan belakang badan. Cara terbaik untuk korang bawa sling bag dengan tali bersilang di dada. Tali bag akan bersandang ke arah leher dan tidak akan terlucut dari bahu. Beban dari bag akan diagihkan ke seluruh badan dan tidak akan menberi kesakitan pada bahagian leher, bahu, dan juga belakang.
.
⚫️ Dapat memaksimumkan pergerakan
Ketika mengambil barang pada bag, korang tak perlu nak berhenti. Sambal berjalan korang boleh seluk sahaja bag untuk ambil barang. Misalnya korang seorang photographer tengah fokus ambil gambar burung tiba-tiba lapar, satu tangan fokus pada kamera dan satu tangan lagi seluk la dalam bag cari makanan. Benda boleh mudah buat apa nak susah kan?
.
Waktu sekolah dulu sling bag paling top yang warna army green ada flap cover. Tampal pulak patch gambar tengkorak dan bendera kamikaze memang rasa hensem/cun gila waktu tu. ✌️?
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorlovers #outdoorpromalaysia #outdoorjohor
Leave a Reply