CHECKLIST BALIK KAMPUNG
Korang dah rancang nak balik beraya mana tahun ni? Bagi yang beragama Islam, sudah pasti akan mengambil cuti panjang untuk menyambut raya di kampung. Balik kampung adalah momen yang sangat ditunggu-tunggu tak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak.
.
Pernah tak korang bila sampai kampung je ada la barang yang lupa dan tertinggal. Mesti rasa letih bila ada barang tertinggal. Duduk dekat Johor, kampung pulak dekat Perlis. Memang takde maknanya nak pusing patah balik.Nak balik kampung lebih kurang je macam korang nak pergi camping, perlu ada persiapan. Sebagai panduan, kami senaraikan beberapa kelengkapan yang perlu ada dalam checklist balik kampung korang nanti. Item ketiga tu paling penting, kalau takde nanti malu pulak.
1. Baju Raya
Kalau dah namanya beraya memang perlu la baju raya. Kene kira raya pertama baju apa, raya kedua baju apa, sampai la raya hari ke-30. Kat Malaysia kan raya sebulan.
2. Bag Pakaian
Baju-baju tu mesti la bawak dalam bag pakaian. Ke korang pakai kain bunjut macam cerita Pendekar Bujang Lapok? Dah macam kene halau rumah gayanya.
3. Sampul & Duit Raya
Ni mesti bawa, jangan tertinggal! Jangan pulak nanti bagi sampul kosong je. Paling tak pun letak la RM1 buat rasa-rasa
4. Kasut Atau Sandal
Kalau boleh bawa lebih. Untuk pergi beraya lain, untuk solat di masjid lain. Yang dah pernah terkena tu mesti paham punya.
5. Kuih Raya
Takkan la balik kampung tangan kosong je. Bawa la sikit kuih raya ke, kerepek ke buat topup sikit-sikit kat ruang tamu nanti.
6. Alat Solek
Ini kalau tertinggal hilang terus mood nak beraya. Lagi-lagi untuk orang perempuan. Orang lelaki ada yang guna alat solek ke?
7. Flashlight
Ini untuk kecemasan, letak satu dalam kereta dan satu lagi bawa masuk rumah. Mana la tahu kat kampung tu masih lagi tandas luar dan gelap, kan membantu ada flashlight.
8. Barang Mandian
Lain orang lain barang mandian. Kalau tak kene dengan badan nanti boleh jadi penyakit. Nak selamat bawa sendiri dari rumah, masuk dalam washbag supaya tak tertukar.
9. Tilam Angin
Nak selesa tidur memang tilam angin la jawabnya. Lagi satu tilam angin ni tak makan ruang simpanan yang besar. Jadi ruang dalam bonet kereta tu boleh sumbat macam-macam lagi buah tangan untuk bawa balik ke kampung.
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorpromalaysia #outdoorjohor #checklist #balikkampung
Leave a Reply