Cara Pemilihan Parang
“???? ??? ????? ??????, ???? ????? ????. ???? ???? ???????? ???? ?????..!!”
.
Machete Malaysia atau Parang ni memang antara peralatan yang famous samada di kalangan dalam negara atau luar negara. Collector2 parang kat luar sana pon ramai. Legend2 semuanya. Tips ni untuk yang baru berjinak dengan parang atau abang2 kat luar sana yang tengah cari parang..
.
Banyak lagi aspek yang jadikan sesebuah parang ni ??????❗ tapi ini yang asas untuk parang. Abang2 yang ada ilmu tu kasi tambah sikit dekat komen tu.
.
Posting kali ni kita tengok tentang :
?. Jenis Besi
?. Design Tang
?. Ketebalan Bilah
?. Berat Parang
.
Nak tau kan apa yang kita akan kongsikan. Ada pada setiap gambar perincian tentang topik ni. Ingat ❗ Jadi pengguna yang bijak. Dah bijak tu kongsi kat member lain. Hehe
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
Click Link – https://tinyurl.com/
Jenis Besi :
.
Besi ni ada 2 jenis. Samada Stainless Steel atau Carbon Steel. Kelebihan stainless tak mudah karat tapi kurang tajam dan agak rapuh berbanding dengan carbon steel.
.
Dan untuk setiap jenis ni pon ada kekuatan dia. Setiap level kekuatan bergantung pada percent Carbon yang ada dalam besi tu. Lagi tinggi percent carbon lagi teguh la kekuatan besi. Tapi dalam masa yang sama rate untuk besi karat juga meningkat.
.
Pemilihan parang yang mana sesuai bergantung pada penggunaan. Untuk aktiviti high duty, semestinya high carbon steel sangat diperlukan tapi dalam masa yang sama kena rajin jaga dia. Untuk yang lebih santai boleh cari yang stainless steel.
Design Tang:
.
“Tang” dalam bahasa mudah adalah lebihan besi di dalam pemegang. Banyak jenis tang yang ada di luar sana. Full tang maksudnya lebihan besi sampai ke hujung pemegang, dan Skeletonized tang adalah lebihan besi menjadi rangka pemegang. Tapi kebiasaanya adalah Full, Partial atau Narrow tang yang akan digunakan.
.
Kenapa “tang” penting ? Secara logiknya full tang memang lebih bagus disebabkan lebihan besi tak akan mengupas bahagian pemegang dari dalam yang boleh menyebabkan pemegang tertanggal. Namun ! Dalam masa yang sama full tang akan menambahkan berat parang yang akan meyebabkan banyak tenaga digunakan semasa aktiviti.
.
Nak tau yang mana sesuai berbalik pada penggunaan. Tanya diri, lama mana aktiviti yang nak menggunakan parang ni. Kalau bawak untuk ke kebun di cadangkan partial tang atau selain dari Full tang. Tak berat dan kurang tenaga digunakan.
Ketebalan Bilah:
.
Tebal parang kene tengok dari sisi dan atas parang. Rasionalnya parang ni ada 3 bahagian yang berkait rapat dengan tebalnya bilah parang. Depan (untuk takik / kupas), Tengah (chopping kayu atau daging) dan Belakang (untuk mengukir).
.
Tebal besi akan pastikan keutuhan parang. Dalam masa yang sama makin tebal makin tambah berat parang tu dan akan kurang tajam. Pandangan atas pastikan ketebalan center graviti mampu tampung kerja yang akan di lakukakan. Pandangan sisi pastikan ketebalan bahagian(depan,tengah,bela
.
Pening? senang je kan. Bila pilih parang tu yang penting nak buat apa dengan parang tu. Pasti tau nak buat apa, kompem takde masalah nak pilih yang mana.
Berat Parang:
.
Hah, Last sekali ni perhatikan berat parang tu. Tak semestinya ringan tu bagus. Lagi banyak tenaga kene keluarkan masa nak buat kerja. Sebabnya momentum impak sikit kalau berat kurang. Dan tak semestinya berat lebih tu bagus disebabkan tangan cepat lenguh kalau terlampau berat.
Leave a Reply