Blog

WUBEN G5 EDC LIGHT YELLOW
Wuben G5 EDC Light Yellow terbaru dah sampai dekat Outdoor Pro .Warna kuning terbaru Wuben G5 ni memang lain macam! Nampak lebih fresh dan menyerlah. Memang senang nak nampak dalam beg atau kawasan gelap. Kalau korang suka gear yang unik sikit dari biasa, yang ini memang menarik..EDC light ultra compact macam Zippo lighter, tapi jangan tertipu, walupun kecil cahaya dia 400 lumens dengan beam sampai 82 meter. Lengkap dengan 7 RGB mode, stepless dimming, kepala 180° boleh laras, magnetic base dan USB-C fast charge.. Stock warna ni sangat terhad! Siapa cepat dia dapat Website: https://outdoorpro.com.my/product/wuben-g5-edc-light-yellow/Lazada: https://www.lazada.com.my/outdoor-gear-equipment/?q=Wuben%20G5%20Yellow&from=wangpu.#WubenG5 #EDCLight #EDCMalaysia #FlashlightEDC #LampuEDC #OutdoorPro

SUUNTO
Masa yang ditunggu-tunggu dah tiba! Outdoor Pro secara rasmi bawakan lineup paling hot tahun ni daripada SUUNTO. Tak payah tunggu lagi, tiga model idaman ni dah mendarat di Outdoor Pro. Singgah, tengok, pegang dan rasai sendiri feel premium depan mata. Baru puas hati! . Suunto Vertical 2: Pilihan utama untuk peminat outdoor dan ekspedisi ekstrem! Dibina dengan ketahanan military grade dan kaca anti-calar, ia kini menampilkan skrin AMOLED yang terang serta bateri yang boleh tahan sehingga 65 jam dalam mod dual-band GPS. Suunto Race 2: Pilihan ideal untuk pelari, atlet maraton dan triatlon yang serius nak tingkatkan prestasi. Dilengkapi skrin AMOLED yang terang, memudahkan semakan data walaupun bawah cahaya terang. Dengan digital crown button untuk navigasi menu yang lebih smooth dan pantas, senang nak check pace, heart rate dan progress latihan. Suunto Race S: Pilihan ideal untuk atlet, pelari dan mereka yang aktif setiap hari yang mahukan jam ultra-ringan, selesa dipakai seharian dan tetap nampak premium di tangan. Direka dengan saiz lebih compact, memang ngam dipakai dari pejabat terus ke gym, jogging atau aktiviti sukan. . AVAILABLE NOW! Stok batch pertama ni tersangatlah terhad. Jangan sampai melepas baru nak menyesal! . Jom serbu kedai Outdoor Pro sekarang atau klik link

GEAR AID SEAM GRIP TF TENT FABRIC SEALANT
Khemah dah mula bocor, rainfly terasa melekit atau lapisan kalis air mula mengelupas? Jangan terburu-buru tukar gear baru. Dengan Gear Aid Seam Grip TF Tent Fabric Sealant, anda boleh memulihkan semula lapisan PU coating yang rosak dan mengembalikan fungsi kalis air pada khemah, tarp serta pelbagai gear outdoor anda. Mudah disapu dengan berus span yang tersedia, kering jernih dan tahan lama untuk melindungi gear anda sepanjang musim. Pulihkan lapisan PU coating yang mengelupas Kembalikan fungsi kalis air pada khemah & tarp Kering jernih tanpa mencacatkan penampilan gear Kekal fleksibel walaupun fabrik diregangkan Sesuai untuk nylon, polyester, canvas & vinyl 1 botol boleh meliputi sehingga 85 kaki persegi Jangan tunggu hujan baru nak baiki. Pastikan gear sentiasa bersedia sebelum trip seterusnya! . BERMINAT? Dapatkan disini: https://outdoorpro.com.my/…/gear-aid-seam-grip-tf-tent…/ . #GearAid #SeamGripTF #TentRepair #TentCare #Waterproofing #CampingMalaysia #OutdoorPro #CampingGear #HikingMalaysia

GEAR AID REVIVEX DURABLE WATER REPELLENT
Jaket hujan dah tak kalis air macam masa baru beli? Jangan terus tukar! Kebanyakan jaket hujan, rainwear dan flysheet khemah hanya perlukan lapisan DWR yang diperbaharui untuk kembali berfungsi dengan baik. . Gear Aid Revivex Durable Water Repellent membantu mengembalikan lapisan kalis air pada fabrik teknikal supaya air kembali membentuk titisan dan tidak mudah meresap ke dalam material. Sesuai untuk mereka yang selalu camping, hiking, overlanding atau beraktiviti dalam cuaca tidak menentu. Mengembalikan lapisan DWR yang telah haus Menolak air & kotoran dengan lebih efektif Mengekalkan breathability fabrik waterproof Tahan cucian dan penggunaan berulang Serasi dengan GORE-TEX®, eVent® & NeoShell® Formula PFAS-Free tanpa fluorocarbon, lebih mesra alam . Lindungi gear anda, panjangkan jangka hayatnya dan kekalkan prestasi terbaik walaupun dalam hujan. BERMINAT? Dapatkan disini: https://outdoorpro.com.my/…/gear-aid-revivex-durable…/ . #GearAid #Revivex #DurableWaterRepellent #DWR #WaterproofGear #GoreTex #CampingMalaysia #HikingMalaysia #OutdoorLife #AdventureGear

DEXSHELL KINI READY STOCK DI OUTDOOR PRO!
Kalau pernah kena kasut basah dan stokin jadi lencun atau tangan sejuk masa hiking, trail running atau trekking anda pasti tahu betapa tidak selesanya keadaan tu. Kini kami dah masukkan produk DexShell Waterproof Series untuk anda pilih mengikut aktiviti dan keperluan. 100% Waterproof Breathable Membrane – Kurang rasa panas dan berpeluh Wind Resistant – Sesuai untuk cuaca sejuk & berangin Stretch Fit Design – Selesa dipakai dalam tempoh lama Waterproof Gloves & Socks Bila kaki dan tangan kekal kering, aktiviti outdoor jadi lebih selesa dan menyeronokkan. . Available di Outdoor Pro Skudai PM kami untuk semak saiz & model yang masih available. . #DexShell #WaterproofGloves #WaterproofSocks #OutdoorPro #HikingMalaysia #CampingMalaysia #OutdoorGear #StayDry

SWEDISH TORCH
SWEDISH TORCH, Cara Paling Mudah Cipta Suasana Camping Yang Lebih Hidup! Tak lengkap rasanya malam camping tanpa cahaya api yang hangat dan menenangkan. Swedish Torch diperbuat daripada kayu Akasia berkualiti, direka untuk memberikan pengalaman api unggun yang praktikal tanpa perlu susah-susah susun kayu bakar. . Kayu Akasia yang tahan lama & sesuai untuk kegunaan outdoor Mudah dinyalakan untuk suasana camping yang lebih selesa Ketinggian 30–32cm, saiz ideal untuk dibawa ke tapak perkhemahan Dilengkapi handle untuk mudah diangkat dan dipindahkan Memberi cahaya & kehangatan semasa aktiviti malam Menjadikan campsite lebih menarik untuk berkumpul, memasak atau bersantai . Bila matahari terbenam dan suhu mula menurun, Swedish Torch menjadi pusat kenangan, tempat berkumpul dan menikmati malam bersama keluarga serta rakan-rakan di alam semula jadi. . . BERMINAT? Dapatkan disini: https://outdoorpro.com.my/?s=swedish+torch&post_type=product . #OutdoorPro #SwedishTorch #CampingMalaysia #CampingLife #Unggunapi #OutdoorLifestyle #CampingGear #KhemahMalaysia #Campfire

APA YANG SAR HARAP KITA BUAT BILA SESAT DI HUTAN?
. Ramai orang fikir jalan keluar itu perlu dicari segera. Tapi sebenarnya berhenti di tempat yang betul lebih menyelamatkan nyawa seorang pendaki. Dalam keadaan panik, langkah yang salah boleh bawa kita makin jauh. Bukan berlari. Bukan menjerit tanpa arah. Tapi bertenang dan fikir dengan waras. . 𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗠𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗦𝗲𝘀𝗮𝘁 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗦𝘂𝘀𝗮𝗵 𝗗𝗶𝗷𝘂𝗺𝗽𝗮𝗶? Bukan sebab SAR datang lambat. Selalunya sebab mangsa terus bergerak dan meninggalkan kawasan carian asal. Gelap boleh dilawan dengan cahaya. Tapi panik boleh buat kita hilang arah, tenaga dan pertimbangan. . 𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗦𝗲𝘀𝗮𝘁, 𝗗𝘂𝗱𝘂𝗸 𝗗𝗶𝗮𝗺 𝗗𝘂𝗹𝘂. Kekal di tempat selamat adalah keputusan paling bijak. Ilmu Ketika ini boleh jadi penyelamat. Terutama bila telefon tiada line dan jalan keluar mula kelihatan sama. Sekali tersalah simpang, semua orang boleh jadi mangsa. Yang membezakan ialah cara kita bertindak selepas itu. . Dalam dunia outdoor, antara perkara yang paling ramai takut ialah sesat. Tak kisah sama ada kita baru mula hiking atau sudah banyak kali masuk hutan, risiko itu tetap ada. Kadang-kadang bukan sebab kita cuai sangat pun. Laluan boleh berubah, cuaca boleh bertukar, tanda di trail boleh hilang, dan badan yang penat boleh buat kepala mula susah untuk berfikir dengan jelas. . Ramai orang bila sedar diri sudah sesat akan terus

GUNUNG TAK PERNAH PAKSA KITA SAMPAI KE PUNCAK
. Bagi ramai orang yang suka hiking, momen matahari naik di atas awan memang ada rasa yang susah nak cerita. Kita bangun awal, gerak waktu orang lain masih tidur, redah gelap dengan headlamp, tahan sejuk, tahan mengantuk, semata-mata untuk dapat beberapa minit cahaya yang perlahan-lahan muncul di kaki langit. . Admin faham rasa itu. . Yang bahaya bukan sunrise tapi 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗸𝘂𝗮𝘁 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶, 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗮𝗯𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗮𝗱𝗮𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗱𝗮𝗻, 𝗰𝘂𝗮𝗰𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗮𝗱𝗮𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻. Ramai yang mula hiking dalam keadaan semangat. Tapi bila target terlalu tinggi, kepala mula menipu badan. Kaki dah berat, nafas dah pendek, lutut dah goyang, perut dah kosong, tapi mulut masih cakap “boleh lagi”. Bukan sebab badan betul-betul kuat tapi sebab malu untuk jadi orang pertama yang minta berhenti. . Di sinilah bahaya dia bermula. . Dalam trip sunrise, masa biasanya agak ketat. Orang mula rasa kalau lambat sedikit, rugi. Kalau berhenti lama, terlepas. Kalau patah balik, sia-sia. Akhirnya keputusan yang sepatutnya dibuat dengan bernas mula dibuat dalam keadaan penat, gelap, sejuk dan terburu-buru. . 𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗮𝘁, 𝗸𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗽𝘂𝗻 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗽𝗮𝘁. Ini benda yang ramai orang outdoor berpengalaman sangat faham. Penat boleh buat kita kurang sabar & kurang peka dengan

ADA ORANG CAMPING NAK HEALING, ADA ORANG CAMPING NAK GATHERING
. Camping ini menarik sebab setiap orang datang dengan niat yang berbeza. Ada yang datang untuk lari sebentar daripada bunyi bandar, kerja yang tak habis, telefon yang tak berhenti berbunyi dan kepala yang terlalu serabut. Bila sampai campsite, benda pertama yang dicari bukan aktiviti. Cukup kalau dapat dengar bunyi air sungai, angin lalu celah pokok dan unggas malam yang jadi muzik semula jadi. . Tapi ada juga yang camping sebab nak rasa suasana hidup. Nak berkumpul dengan kawan-kawan, masak sama-sama, gelak sampai tengah malam, bancuh kopi, bakar BBQ dan tengok anak-anak berlari tanpa terlalu banyak skrin di tangan. Untuk golongan ini, campsite yang terlalu sunyi mereka rasa kosong. Mereka datang untuk berkongsi cerita, bukan untuk duduk diam seorang diri. . 𝗦𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮, 𝗰𝗮𝗺𝗽𝗶𝗻𝗴 𝘀𝘂𝗻𝘆𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗰𝗮𝗺𝗽𝗶𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗶𝘀𝘂 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹. 𝗜𝗮 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘀𝗲𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗿𝘂𝗻𝗮𝗴 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗲𝗵𝗮𝘁. Ada orang recharge tenaga bila suasana tenang. Ada orang pula recharge bila dikelilingi orang yang rapat. Sama macam kehidupan harian, ada orang penat sebab terlalu banyak manusia. Ada orang pula penat sebab terlalu lama memendam seorang diri. . Admin perasan dalam dunia outdoor Malaysia, dua-dua gaya ini memang wujud dengan kuat. Ada geng yang sanggup cari campsite jauh sedikit sebab
