Kaki hiking, trail run, atau yang jenis suka masuk hutan, korang kena tengok Suunto Vertical 2 ni! Jam ni memang padu dengan cermin Sapphire Crystal yang susah calar, kalis air sehingga 100 meter, dan skrin LTPO AMOLED 1.5 inci yang tetap terang walaupun di bawah matahari terik.
.
Sekali cas boleh bertahan sehingga 20 hari untuk kegunaan harian, memang tak payah pening kepala nak cas selalu. Menariknya, jam ini dilengkapi kapasiti bateri yang besar dan korang boleh guna Dual-Band GPS tanpa henti sehingga 65 jam. Ditambah pula dengan fungsi offline maps dengan internal storage 32GB, korang tak akan sesat walaupun meredah hutan tebal tanpa isyarat telefon.
.
Ciri paling istimewa yang tak ada pada siri Suunto lain ialah lampu suluh LED dengan pilihan lampu putih, lampu merah, dan mod SOS untuk situasi kecemasan. Bukan navigasi sahaja yang padu, jam ini juga fokus menjaga keselamatan korang dengan memantau bacaan HRV, tahap blood oxygen, kualiti tidur, serta amaran cuaca seperti amaran ribut. Memang berbaloi kalau korang dapatkan jam premium ini untuk sistem bantuan kecemasan dan navigasi terbaik dalam satu gajet!
.
klik link di bawah untuk grab sekarang atau walk-in terus ke kedai kami hari ini sebelum stok licin! 
.

