Alam semula jadi memang cantik dan penuh pengalaman menarik, tapi dalam masa yang sama ia juga datang dengan cabaran yang tak dijangka. Ramai peminat aktiviti outdoor terlalu fokus pada keseronokan mendaki atau meneroka hutan sampai kadang-kadang terlupa risiko yang boleh berlaku. Situasi juga boleh berubah menjadi sesuatu yang buruk dan tidak diingini.
.
Sebab tu, persediaan awal sangat penting. Bukan fizikal dan mental saja, tapi pengetahuan tentang lokasi yang ingin dituju serta gear dan peralatan kecemasan yang sesuai. Setiap barang yang dibawa ada fungsi tersendiri, dan dalam situasi tertentu ia boleh jadi penyelamat nyawa, sama ada untuk diri sendiri atau rakan satu kumpulan.
.
Dalam perkongsian ini, kita akan tengok beberapa risiko utama dalam aktiviti outdoor serta cara untuk kurangkan bahaya tersebut. Dari aspek navigasi, keadaan cuaca, hingga cara bertindak bila berlaku kecemasan, semua ini penting untuk bantu korang lebih bersedia hadapi situasi outdoor dan pastikan setiap perjalanan lebih selamat dan terkawal.
.








#OutdoorProMalaysia #OutdoorSafety #KeselamatanOutdoor #IlmuOutdoor #HikingTips
