10 MENU MASAKAN SEMASA CAMPING
Betul la orang kata, makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Tujuan kita makan ni pertama untuk menghilangkan rasa lapar, kedua untuk memulihkan tenaga, dan ketiga untuk menambah zat-zat dalam badan. Makan terlalu banyak pun tak elok, nanti boleh jadi penyakit.
.
Berkhemah dan makan tak pernah berpisah. Dah penat drive jauh, angkat barang lagi, lepastu setup khemah pulak, semua tu guna tenaga. Ada orang dapat nasi panas, telur, dan kicap dah cukup hingga menjilat jari. Ada pula yang mesti nak makan lauk berat baru boleh kenyang.Apa pun menu yang kita masak, ingat pesan ni – makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Jom kita tengok beberapa menu masakan yang ringkas, mudah, dan biasa dimasak oleh para camper ketika berkhemah. Kalau ada kambing golek jangan lupa ajak kami. Nak resepi boleh cari di google atau di facebook.
.
???????
Agak rumit nak kene bawa BBQ pit dan arang tapi tetap orang akan buat menu ni. Tak kisah kambing, daging, ayam, ikan, udang, ketam, kentang, jagung, terung, asalkan boleh dibuat bakar-bakar mesti on punya.
????? ?????
Biasanya ayam, ikan, atau telur jadi lauk dalam menu ni. Tumis bawang, cili sikit, masuk kicap, tambah air sikit, letak lauk. Senang, tak sampai 10minit dah siap.
????????? ?????????
Nampak macam susah, tapi tak sebenarnya. Semua bahan mudah nak dapat kat pasaraya atau kedai runcit. Paling mudah spaghetti yang dah masak tu korang tinggal curah je sos carbonara. Yang ni cara mudah la, nak lebih sedap ikut cara masak kat rumah.
???? ?????
Roti canai kalau rajin boleh tunjuk skill menebar kat campsite. Tapi biasanya dah la tak rajin, tebar pun tak pandai, bawa je la yang frozen tu. Dah siap masak tepuk kasi empuk pun jadi la. Kari nak masuk boleh, nak pakai yang dalam tin pun tak salah. Kalau takde kuah, roti canai cicah gula pun sedap.
???
Ni mudah sangat, orang malas pun boleh buat. Amek periuk, masuk air, letak atas api, masuk perencah, masuk lauk (daging/ayam/bebola ikan), biarkan menggelegak. Biasanya dalam 15min untuk sup ayam dah siap masak. Kalau daging tu lama la sikit nak bagi empuk.
???? + ????? ???? + ?????
Ini antara menu paling sedap tak kira waktu camping, kat rumah, kat tempat kerja, atau waktu ponteng puasa. Kena nasi putih panas, telur mata yang kuningnya cair, kicap lemak manis…perhhh. Mau tiga kali tambah.
??????? ????? ???
Dulu ye la asal makanan dalam tin je mesti sardin. Sekarang menu makanan dalam tin dah pelbagai. Pagi sarapan kacang panggang+jagung, tengahari ayam masak kurma, malam kari kambing, tengah malam pulak sup cendawan. Semua tu ada dah dalam tin dan tinggal nak panaskan je.
??? ????, ?????-??-??? (???)
Ini boleh dapatkan di Outdoor Pro dan ada pelbagai pilihan. Tak perlu nak nyalakan api, pakai food warmer je. Kat Oudoor Pro ada dua jenama MRE; Kembara Meal dan Emazol Kitchen.
????????
Untuk sarapan, sandwich memang menu paling mudah. Nak lagi jimat lauk malam tadi yang masih elok kita racik-racik buat inti sandwich.
??? ??????
Wajib bawa sebagai backup. Tapi waktu muda dulu mee segera ni bukan backup je tapi ni la makanan utama sepanjang camping. Mudah, ringan, jimat ruang, cepat dimasak, sedap dimakan. Nak pelbagaikan boleh ubah mee segera jadi murtabak. Cara dia satu pek mee segera yag dah siap masak tanpa perencah, buang airnya, gaul mee segera dengan dua biji telur serta perencah, goreng atas kuali, dan siap.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorpromalaysia #outdoorjohor #menucamping
Telur dengan Roti wajib bawa masa camping. 🙂