Blog

RAMAI SALAH FAHAM PASAL KEPALA AIR
Kadang benda paling bahaya dekat hutan bukan semestinya ular, bukan semestinya gelap, dan bukan semestinya laluan yang curam. Ada masa, benda yang paling kita suka itulah yang paling kita kena berjaga-jaga iaitu ๐ฎ๐ถ๐ฟ ๐๐๐ป๐ด๐ฎ๐ถ. . Ramai orang salah faham pasal kepala air sebab mereka fikir ia cuma berlaku bila hujan lebat dekat kawasan tempat mereka mandi, berkhemah atau berehat. Kalau tempat itu masih cerah, ramai akan rasa keadaan masih selamat. Sedangkan ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐น๐ฎ ๐ฎ๐ถ๐ฟ ๐ฏ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐น๐ฎ๐ธ๐ ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐๐ฝ๐๐ป ๐ธ๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ธ๐ถ๐๐ฎ ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐ต๐๐ท๐ฎ๐ป ๐น๐ฎ๐ป๐ด๐๐๐ป๐ด. Cukup dengan hujan lebat di kawasan hulu, kawasan bukit atau kawasan atas sungai, air boleh turun dengan laju membawa arus yang kuat, lumpur, kayu, batu kecil dan serpihan hutan. . Selalunya, ramai yang mula panik hanya selepas air sudah naik. Masalahnya, bila air sudah naik dengan laju, ruang untuk bertindak dah terlambat. Waktu itu bukan lagi masa untuk kemas barang, rekod video atau ambil gambar. Waktu itu masa untuk keluar dari kawasan sungai dengan segera. . Antara tanda yang patut kita ambil serius ialah ๐ฎ๐ถ๐ฟ ๐๐๐ป๐ด๐ฎ๐ถ ๐๐ถ๐ฏ๐ฎ-๐๐ถ๐ฏ๐ฎ ๐ท๐ฎ๐ฑ๐ถ ๐ธ๐ฒ๐ฟ๐๐ต, bunyi arus makin kuat dari jauh, paras air mula naik walaupun sedikit, banyak ranting dan daun hanyut dengan laju, atau air mula berbuih dan bergerak tidak seperti biasa. Perubahan

Apa itu MGP?
Masih ramai yang keliru, apa sebenarnya peranan MGP (Malim Gunung Perhutanan) di Johor ni? Kalau nak hiking dengan tenang, selamat, dan ikut undang-undang, diorang inilah pakar yang korang perlukan! . Apa itu MGP? MGP adalah guide rasmi yang dilantik oleh Jabatan Perhutanan. Bukan calang-calang, kena masuk kursus dan ada lesen, baru boleh bawa korang masuk hutan. . Kenapa Khidmat MGP Penting? Urus Permit: Masuk hutan simpan secara sah tanpa pening kepala. Navigasi Tepat: Elakkan risiko sesat. MGP tahu setiap selok-belok trek terkini. Bantuan Kecemasan: Bertindak sebagai first responder jika berlaku sebarang masalah atau kecederaan. Pelindung Alam: Memastikan kelestarian hutan kita terus terpelihara untuk masa depan. . Ingat, keadaan dalam hutan boleh berubah sekelip mata dan arah boleh mengelirukan. Utamakan keselamatan, jangan ambil risiko sendiri. Biar pakar yang lead, kita fokus layan view! . TAG MGP JOHOR YANG PADU-PADU! Korang ada MGP kegemaran yang servisnya mantap dan berilmu? Jom TAG mereka di ruangan komen! Biar rakan pendaki lain tahu siapa guide terbaik untuk trip seterusnya! . #MGPJohor #HikingJohor #MalimGunungPerhutanan #SafetyFirst #HutanSimpanJohor #GunungJohor #InfoHiking

KALAU HUJAN TURUN TIBA-TIBA MASA HIKINGโฆ KORANG TERUS JALAN ATAU BERHENTI CARI TEMPAT BERTEDUH?
Selalunya masa hiking, semua nampak elok pada awalnya. Langit cerah, badan masih ringan, mood pun masih tinggi. Kita jalan sambil berborak, ambil gambar, tengok pokok & alam, rasa macam trip kali ini memang menjadi. . Tapi di Malaysia, cuaca boleh berubah dengan sangat cepat. Tadi panas, tiba-tiba langit mula gelap. Angin berubah arah & bunyi guruh mula jauh-jauh kedengaran. Tak lama lepas itu, hujan turun. Masa inilah ramai mula tertanya-tanya, nak terus jalan atau berhenti cari tempat berteduh dulu. . Pada admin, ini antara situasi yang paling penting untuk orang outdoor faham. Sebab dalam hiking, ๐ฏ๐ฎ๐ต๐ฎ๐๐ฎ selalu datang daripada keputusan yang dibuat ketika kita tengah dalam keadaan kelam-kabut. Kalau terus jalan, memang nampak macam pilihan yang praktikal. Kita fikir nak cepat sampai. Tak mahu buang masa. Tapi bila hujan makin kuat, trail boleh jadi licin. Tanah merah mula lembik. Akar pokok yang kita pijak pun boleh buat kaki tergelincir. . Dalam keadaan macam ini, ๐ฟ๐ถ๐๐ถ๐ธ๐ผ ๐ท๐ฎ๐๐๐ต, ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฒ๐น๐ถ๐๐ต ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ต๐ถ๐น๐ฎ๐ป๐ด ๐ณ๐ผ๐ธ๐๐ ๐บ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ถ๐ป๐ด๐ด๐ถ. Lagi-lagi kalau hari makin gelap atau visibility makin kurang. Bila badan dah basah, tangan sejuk, kasut berat, keputusan pun mudah jadi kurang tepat. Tapi kalau berhenti pula, itu pun ada risiko sendiri. Ramai ingat berhenti itu mesti selamat.

Tips : Jalan Keluar Sebelum Air Memenuhi Ruang Semakin Sempit
Bila kita sembang pasal banjir kilat yang makin kerap jadi sekarang ini, ramai yang ingat benda ini cuma isu jalan sesak atau kereta rosak sahaja. Tapi admin nak tegaskan yang ini sebenarnya isu hidup atau mati. Kita kena faham yang kereta yang kita bangga-banggakan itu boleh berubah menjadi satu kotak besi yang sangat berbahaya bila air mula naik melepasi paras pintu. Ramai yang panik sebab mereka rasa mereka boleh buka pintu macam biasa, padahal tekanan air dari luar itu sangat kuat sampai mustahil untuk ditolak dengan tenaga manusia.

Ticket To The Moon Backpack Plus
“Kecil Tapi Besar” Itulah perumpaan yang sesuai untuk TTTM Backpack Plus ni. Korang yang selalu ada masalah storage boleh dapatkan TTTM Backpack Plus ni, kerana reka bentuk yang compact dan ringan mudah untuk disimpan dan dibawa kemana sahaja.Mempunyai isipadu sebesar 25liter,

FJรLLRรVEN HIGH COAST HIP PACK
Fjรคllrรคven High Coast Hip Pack ialah beg pinggang pelbagai guna yang tahan lasak dan direka untuk aktiviti outdoor dan kegunaan harian. Nak kata besar tak, kecil pun tak, kira saiznya memang sedang elok la. Dengan saiz macam ni korang boleh letak satu smartphone, satu powerbank saiz sederhana, kunci kereta, dompet, dan beberapa sampul duit raya.

Adakah Keen Waterproof ?
Perlu ke pakai sandal yang gunakan material waterproof? Mesti la perlu sebab kat Malaysia ni beriklim khatulistiwa, iaitu mempunyai suhu yang seragam, kelembapan yang tinggi dan hujan yang banyak (rujukan METMalaysia). Nampak tu โhujan yang banyakโ.

Checklist Balik Kampung
Korang dah rancang nak balik beraya mana tahun ni? Bagi yang beragama Islam, sudah pasti akan mengambil cuti panjang untuk menyambut raya di kampung. Balik kampung adalah momen yang sangat ditunggu-tunggu tak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak.

MECHANIX WEAR ORIGINAL GLOVES
Sebagai langkah keselamatan, pakailah glove ketika melakukan aktiviti lasak atau pun berbahaya. Gloves rosak boleh beli baru guys, kalau jadi apa-apa kat tangan tu kat kedai potong pun takde jual spare.
