Apa “TRUE BIKERS” Perlu Ada
Apa “TRUE BIKERS” Perlu Ada“Aduhai, Rosak Pulak Basikal Ni Time2 Tengah Kayuh..! Nak Tahan Siapa Pulak Ni tengah Jalan..”
.
Hah Belum alami situasi dia atas takpelah. Kalau yang dah pernah kena KOMPEM tau pening kepala macam mana. Ini ada sikit accessories list Outdoor Pro sediakan kalau abang taknak menyesal time berbasikal. Terutamanya kayuh sorang.
.
1. Rain Jacket
2. Multi-Tools
3. Hydration
4. Energy
5. First Aid
6. Emergency Light
7. Zip Ties & Duct Tape
.
Nak tau kenapa PENTING item ni ? Kita bincangkan dalam setiap gambar. Hanya yang berbasikal je faham. yang tak berbasikal tu, amik je knowledge. Kang nanti berguna jugak masa akan datang bila timbul minat nak berbasikal..
Rain Jacket:
.
Rain jacket pastikan cari yang waterproof rating lebih dari 3000mm. Banyak rain jacket di luar sana. Untuk yang berbasikal yang penting juga ringan selain dari waterproof tinggi. Keadaan yang basah menyebabkan suhu badan drop dan mengakibatkan kita kehilangan daya fokus serta kemampuan untuk mengeluarkan sepenuhnya potensi diri yang ada..
.
Jadi pastikan cuba dulu Rain Jacket ! Pakai dulu amik feel and rasakan keselesaan dulu. Walaupon Rain Jacket tak bagi haba kepada badan at least dia tak basahkan badan buatkan kita tak selesa dan sejuk sangat.
.
Setuju ? Hehe
Multitools
.
Nampak remeh multitools ni, tapi hakikatnya multitools sangat berguna terutama dalam situasi cemas. Kalau sebelum kayuhan kita boleh gunakan tools yang lebih specific tapi bayangkan kita dah mula berkayuh dan kita dapat rasakan screw untuk bahagian brek longgar dan untuk keadaan macam ni multitools yang pelbagai guna ni la akan sangat berguna.
.
Pemilihan multitools pastikan tahan lasak, item yang disertakan bersesuaian dan pastikan jugak tengok review serta buat kajian sikit sebelum buat keputusan. Ini semua dapat membantu dalam waktu kecemasan ketika berbasikal nanti.
Hydration
.
Membincangkan tentang Hydration system ni sangat general kerana ada antara bikers yang kuat berpeluh, dan memerlukan air yang lebih banyak. Manakala ada bikers yang boleh kayuh dalam jarak yang jauh dengan hanya minum sedikit. Sebaiknya untuk kayuhan, setiap 1/2 jam bersamaan 500ml air perlu di minum bagi memastikan air kekal dalam badan.
.
Untuk pemilihan hydration system, pastikan jarak dan masa dahulu sebelum memilih hydration system. Pastikan hydration kita ni mampu tampung perjalanan kayuhan kita. Sangat penting untuk ada hydration untuk pastikan kita sentisa hydrate dan bekalan oxygen cukup untuk badan melakukan kerja.
Energy
.
Dalam situasi cemas, pertandingan atau training energy diperlukan untuk pastikan badan mempunyai nutrient bagi supply tenaga pada badan. Energy ini kebanyakkan datang dalam bentuk Gel atau Bar. Gel untuk yang memerlukan tenaga cepat seperti tournament berbasikal, larian atau sebagainya. Bar lebih kepada bersifat santai seperti hiking atau trekking.
.
Pemilihan yang mana sesuai sama ada gel atau bar mengikut situasi. Tentukan dulu situasi, baru buat pilihan.
First Aid
.
WAJIB ! Ini bukan pilihan. Ini adalah accessories wajib yang sangat diperlukan semasa berbasikal ! Jangan amik remeh soal keselamatan. Setidaknya jika berlaku perkara yang tak diingini, rawatan awal dari jangkitan kuman ada dan mengurangkan risiko untuk perkara lain.
.
Ingat..! Ini wajib untuk setiap rider..
Emergency Lighting
.
Bayangkan, tayar basikal kita pancit tengah kita ride malam. Kita tak ada apa2 sumber cahaya kecuali handphone. Lebih baik gunakan handphone untuk contact orang terdekat dan maklumkan mengenai kecemasan dari habiskan bateri handphone untuk suluh kita betulkan tayar. Selain dari itu, setidaknya lampu jugak memaklumkan persekitaran kita ada disitu. Ini dapat mengelakkan orang lain dari terlanggar kita. Ini juga adalah untuk tujuan keselamatan.
Zip Ties & Duck tape
.
Dua alat ini sangat berguna untk berbasikal. Ducktape dapat menutup tayar pancit. Bukan untuk tujuan long term, tapi setidaknya untuk tujuan kecemasan boleh menolong kita. Zip ties pula untuk pastikan barang2 yang kita nak gantung seperti pump mini, tire lever boleh attach pada basikal.
.
So, Ini semua adalah accessories berbasikal yang perlu ada untuk semua rider. Apa pendapat anda ? Apa accessories wajib anda ? Hehe
Leave a Reply