Description
Misi K2

Misi K2
Diterbitkan oleh Bonda Nor Sdn Bhd, buku eksklusif setebal 674 muka surat berwarna penuh ini bukan sekadar catatan ekspedisi, tetapi kisah perjalanan jiwa, penuh air mata, pengorbanan, dan hikmah yang membuka dimensi baru dalam dunia penulisan tanah air.
Sinopsis Pendek:
Sanggup jual rumah demi menggapai impian menawan Gunung K2 di Pakistan, gunung kedua tertinggi dunia selepas Everest, namun lebih mencabar dan berbahaya. K2 digelar Savage Mountain kerana telah meragut banyak nyawa.
Namun semangatnya tak pernah luntur. Walaupun tahu statistik mendaki K2 amat menggerunkan, hanya 1 dari 4 yang berjaya akan pulang dengan selamat, dia tetap nekad. Selama 28 tahun, dia terus berusaha mengejar impian itu.
Daripada tak pandai berenang, kini boleh renang sejauh 6km di laut. Daripada hanya mampu lari sedikit, kini mampu berlari sejauh 40km. Bukan atlet, bukan selebriti cuma seorang rakyat biasa yang berjuang luar biasa. Jadi Youtuber demi mencari dana, berlatih mendaki di dalam dan luar negara, semua demi satu misi: menawan K2.
MIS​I K2 adalah sebuah karya istimewa yang menjadi sumber inspirasi untuk semua yang sedang mengejar cita-cita. Kisah penuh pengorbanan, latihan ekstrem, dan kekuatan jiwa. Catatan perjalanan luar biasa seorang manusia gigih, yang menjadikan Allah sebagai kompas utama dalam hidupnya.

