Navigation
Account
Cart 0 items for RM0.00

No products in the cart.

Nitecore EDC07

Nitecore EDC07

 

Pernah rasa sakit mata bila guna lampu picit yang terlalu terang masa nak membaca atau buat kerja? Kadang-kadang bukan nak suluh pencuri pun, cuma nak cahaya yang selesa dan nampak natural. Sebab itulah Nitecore EDC07 ni memang pilihan paling bijak, sebab ada pilihan suhu warna yang boleh laras ikut situasi. Tak ada lagi masalah mata cepat letih atau silau yang memeningkan kepala.
.
Kalau tengah adventure dalam hutan atau buat rondaan malam, pilih saja mood Cool White 1,500 Lumens untuk nampak jalan jauh ke depan dengan jelas. Tengah buat kerja teknikal atau membaca, mood Neutral White memang paling ngam sebab cahaya dia seimbang, tak terlalu putih dan tak terlalu kuning. Nampak lebih jelas dan warna pun nampak real.
.
Tapi bila dah penat dan nak lepak santai depan khemah, tukar ke warm light. Serius, vibe terus jadi tenang dan cozy. Cahaya kuning ni pun sebenarnya sangat membantu kalau tiba-tiba cuaca berkabus atau berasap masa tengah jalan.
.
Paling best, senang nak selit dalam poket atau beg sebagai lampu harian. Tak perlu risau kalau kena hujan lebat sebab memang kalis air, dan kalau bateri habis, cas guna USB-C sahaja. Jadi, lepas ni tak perlu pening nak bawa banyak jenis lampu, bawa EDC07 ni satu pun dah cukup untuk cover semua jenis mood dan keperluan!
.
Berminat nak dapatkan?Whatsapp kami sekarang!
.
Back to top