Nitecore EDC07 ni memang direka untuk situasi luar jangka. Kecil tapi cukup terang untuk pastikan sekeliling kita sentiasa selamat!
.
Bayangkan bila kita tengah drive malam, atau berada di kawasan gelap, atau tiba-tiba blackout dekat rumah… benda kecil macam ni boleh membantu. Ada fungsi SOS, strobe, dan ultra low mode sampai 360 jam yang cukup untuk jadi sumber cahaya tahan lama bila diperlukan.
.
Sebagai ketua keluarga, ini lebih kepada rasa tanggungjawab yang sentiasa bersedia. Kalau apa-apa jadi, sekurang-kurangnya ada satu benda yang boleh bantu kita urus situasi.
.
Untuk yang selalu buat aktiviti malam, sama ada memancing, hiking, atau memandu jauh, lampu ini adalah peneman yang beri keyakinan setiap kali melangkah dalam gelap.
.
Tak rugi kalau selit satu buat standby dalam kereta, beg, atau rumah. Walaupun jarang guna, rasa tenang tu ada sebab kita tahu kalau tiba-tiba emergency atau gelap, kita takkan gelabah meraba-raba cari lampu lagi. Satu lampu backup bila keadaan jadi tak dijangka!
.

