
Tiba-tiba tengah syok layan trek turun bukit, kaki tersilap pijak akar pokok yang licin dan terus tersungkur sampai lutut koyak berdarah. Mula-mula mesti rasa alah luka sikit je ni, jalan terus sudahlah… Tapi sebenarnya luka kecil itu boleh jadi punca jangkitan kuman yang teruk kalau salah rawat.

Ramai yang sanggup beli baju hiking mahal, kasut premium, dengan gajet canggih. Tapi bila bab First Aid Kit, mesti rasa macam tak penting. Kalau bawa pun, cara cuci luka tu main belasah je tak ikut cara yang betul.

Persekitaran hutan penuh dengan kuman, bakteria, dan tanah. Luka kecil kalau salah jaga, kuman boleh masuk ke dalam darah dengan sangat cepat. Sebab tu, ambil tahu apa yang patut dibuat masa rawat luka ni sangat penting untuk keselamatan diri dan orang lain. Jangan main balut je tanpa tahu cara yang betul.

Jom tengok poster ni dan fahami betul-betul 5 kesilapan rawat luka yang ramai orang selalu buat. Pastikan First Aid Kit dah lengkap sebelum mula mendaki. Barulah boleh buat aktiviti dengan lebih tenang dan dapat menikmati pendakian dengan selamat.

Belum ada First Aid Kit? Klik sahaja link di bawah dan pilih yang sesuai untuk aktiviti korang
.
