Banyak kelengkapan mendaki terkini dihasilkan dari bahan yang lebih ringan serta mempunyai rekabentuk yang mudah dibawa dan senang disimpan. Mari kami kongsi cara bagaimana untuk mengurangkan beban ketika mendaki gunung.

CARA MENGURANGKAN BEBAN KETIKA MENDAKI GUNUNG
𝐏𝐞𝐧𝐲𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐭 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫 – Beg, khemah dan sleeping bag adalah penyumbang berat terbanyak. Pemilihan 3 peralatan ini perlu lebih teliti. Cari altinatif lain sekiranya ada keperluan.
𝐒𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐚𝐢𝐫 – Bekalan air anda juga merupakan salah satu barang paling berat yang perlu anda bawa. Minum seberapa banyak yang anda boleh di sumber air, rancang sejauh mana sumber seterusnya. Penggunaan botol lembut mudah lipat juga sangat membantu.
𝐁𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧- Set MRE (Meal Ready to Eat) banyak terdapat dipasaran. Dengan adanya set MRE kita tidak perlu lagi menyediakan bahan mentah seperti memasak di rumah.
𝐏𝐞𝐫𝐚𝐥𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚𝐤 – Penggunaan Cooking set lebih mejimatkan ruang. Terdapat juga dapur yang sangat ringan diperbuat dari bahan titanium.
𝐊𝐞𝐥𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐮𝐫 – Jika anda membawa khemah pastikan beratnya tidak melebihi 1kg. Sebaiknya gabungkan penggunaan flysheet dan hammock kerana ia lebih ringan dan boleh digunakan pelbagai cara.
𝐏𝐚𝐤𝐚𝐢𝐚𝐧 – Pilih pakaian dari bahan sintetik yang ringan berbanding pakaian diperbuat dari kapas dan denim. Pakaian jenis sintetik juga lebih kalis air dari fabrik lain.
𝐊𝐞𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤 – Senaraikan alatan yang perlu dibawa dan ketepikan barang yang tidak perlu. Cuba bayangkan anda seorang pelari denai yang akan mengharungi trek yang panjang, beg mereka ringan tetapi lengkap dengan keperluan asas.
𝐒𝐮𝐬𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐛𝐞𝐠 – Perkara ini nampak remeh tetapi ia banyak membantu. Dengan susun atur yang betul, bebanan yang dipikul akan terasa lebih ringan.
𝗢𝘂𝘁𝗱𝗼𝗼𝗿 𝗣𝗿𝗼 – 𝗪𝗲 𝗜𝗻𝘀𝗽𝗶𝗿𝗲 𝗬𝗼𝘂𝗿 𝗔𝗱𝘃𝗲𝗻𝘁𝘂𝗿𝗲
#outdoorlovers #outdoorpromalaysia #outdoorjohor
