
BARU NAK MULA DUNIA CAMPING?
Tengah plan nak buat first trip camping ke tu? Seronok memang seronok, tapi jangan main terjah je tau nanti termenung sorang-sorang kat sana. Kita kena lebih bersedia supaya pengalaman pertama ni tak jadi pengalaman ngeri.
.
Benda paling utama sekali, kena rajin tengok ramalan cuaca. Kita tak nak tiba-tiba hujan turun sampaikan keadaan tapak jadi kucar-kacir. Persediaan awal ni penting supaya kita tak kelam-kabut bila keadaan berubah. Bila cuaca dah ngam, pastikan shelter atau khemah korang betul-betul kukuh dan sesuai dengan lokasi untuk berteduh. Pastikan ada ruang pengudaraan yang baik supaya taklah rasa macam dalam sauna bila tengah hari.
.
Gear asas pun jangan lupa, lampu suluh atau lantern tu wajib ada, sebab penting untuk korang nak bergerak sekeliling campsite atau nak cari jalan ke tandas tengah malam. Tilam atau sleeping mat pun kena bawa, nanti sakit badan nak sambung aktiviti esok kalau terpaksa tidur atas akar kayu atau tanah keras. Paling penting, pastikan stok air bersih dan makanan sentiasa ada dan cukup dalam simpanan.
.
Untuk keselamatan, jangan lupa first aid kit, walaupun nampak remeh tapi sangat membantu untuk kecemasan kecil atau luka-luka ringan yang tak dijangka. Dan yang paling pening sekali, jagalah adab dengan alam sekitar. Jangan tinggalkan sampah merata-rata sebab kita nak keindahan hutan ni kekal untuk dikongsi dengan orang lain juga. Jadi biarlah kita tinggalkan tapak tu lebih bersih daripada masa kita sampai tadi.
.
Bila semua persediaan ni dah mantap dan lengkap, barulah korang boleh camping dengan hati yang tenang dan bawa balik memori indah yang takkan dilupakan! 

.
Nak setup camping senang? 
Klik je WhatsApp ni, kita bantu pilih gear yang ngam 
.
