Apa Itu Windbreaker?
TAHUKAH ANDA : Ada perbezaan diantara rain jacket, regular jacket dan windbreaker.
Windbreaker, adalah jaket kain tipis yang direka untuk menahan angin sejuk dan “hujan ringan”, menjadikannya jaket versi ini lebih ringan dari yang lain. Kebiasaanya perbezaan material adalah ringan dan dibuat khas dari bahan sintetik. Windbreaker mempunyai ciri tersendiri sperti menggunakan rekebentuk elastik di bahagian pinggang, lengan dan juga zip untuk membolehkan pengguna menyesuaikan diri dalam keadaan cuaca semasa.
Windbreaker juga terdapat dalam normal jaket dan coat yang dapat dibuka apabila tidak diperlukan. Normal untuk windbreaker untuk ada penutup kepala yang boleh ditanggalkan atau disimpan. Kebanyakkan windbreaker datang dengan poket besar di bahagian dalam atau luar yang membolehkan barang-barang dilindungi dari cuaca seperti angin atau hujan. Windbreaker menawarkan insulating protection pada tahap ringan hingga sederhana, lebih dari kebolehan sweater, tetapi lebih sedikit daripada overcoat.
Windbreaker sesuai dipakai pada musim panas ketika angin atau hujan, atau sebagai sebahagian daripada pelapisan pada musim yang lebih sejuk. Windbreaker berwarna terang juga dapat dipakai oleh pelari sebagai pelindung dari cuaca, dan sebagai pakaian reflektif yang digunakan untuk keselamatan. Terdapat kajian pada tahun 2012 menunjukkan bahawa windbreaker menawarkan cara yang ringan tetapi berkesan untuk mengelakkan hipotermia jika pengguna berada di luar berjalan dan menemui suhu rendah yang tidak dijangka.
.
Jadi untuk #outdoorlovers yang memikirkan pakaian mana yang sesuai untuk aktiviti korang, harap info tambahan ini dapat menolong korang buat pilihan.
Leave a Reply