
Pernah terfikir tak kenapa jenama besar macam EcoFlow, Bluetti, dan kebanyakkan power station premium lain sekarang dah tak guna bateri Lithium-ion biasa macam dalam phone kita? Sebabnya mudah, teknologi bateri LiFePO (Lithium Iron Phosphate) ni memang jauh lebih padu dan menguntungkan korang untuk jangka masa panjang.
.
Perbezaan paling ketara korang boleh nampak adalah pada jangka hayatnya. Kalau bateri telefon kita masuk tahun kedua selalunya dah mula kembung atau cepat kong. Bateri LiFePO₄ pula mampu bertahan sekitar 8 hingga 10 tahun walaupun digunakan dan dicas setiap hari, bergantung pada cara penggunaan dan penjagaan. Faktor keselamatan juga menjadi sebab utama kenapa jenama besar memilih teknologi ini kerana bateri ni dibina dengan ketahanan suhu yang sangat tinggi, jadi ia tidak mudah panas walaupun korang guna dalam tempoh yang lama
.
Selain itu, korang akan dapat bekalan kuasa yang sangat konsisten. Kalau bateri lama atau bateri kereta jenis Lead-Acid, bila tenaga dah makin kurang, lampu akan mula malap dan perkakas jadi kurang bertenaga, tetapi dengan LiFePO prestasinya tetap kuat walaupun bateri dah tinggal satu peratus. Ia juga sangat cekap dan paling sesuai kalau korang nak gunakan dengan panel solar masa pergi camping atau standby untuk kecemasan dekat rumah. Walaupun harga power station jenis ni nampak tinggi sikit, tapi berbaloi sebab tak perlu pening kepala nak tukar bateri baru setiap dua atau tiga tahun.
.
#PowerStationMalaysia #EcoFlowMalaysia #BluettiMalaysia #AnkerSolix #LiFePO4
