Navigation
Account
Cart 0 items for RM0.00

No products in the cart.

9 JENIS RISIKO SERING BERLAKU DALAM AKTIVITI OUTDOOR

Ramai orang nampak aktiviti outdoor macam hiking atau camping sebagai aktiviti yang syok untuk hilangkan stress, tenangkan fikiran dan healing. Memang betul, outdoor memang seronok sebab kita dapat lari sekejap daripada kesibukan harian sambil layan alam semula jadi.
.
Tapi dalam seronok tu, jangan lupa yang setiap trip ada risiko dia sendiri. Kalau persediaan tak cukup atau ambil mudah, macam-macam boleh jadi. Antaranya dehidrasi sebab air tak cukup, tersesat bila laluan tak jelas, hipotermia, sampailah ke masalah gear macam khemah bocor atau kasut rosak. Benda yang nampak kecil macam ni pun boleh bertukar jadi situasi cemas bila berlaku semasa aktiviti atau di tengah trail.
.
Sebab tu ilmu, persediaan dan awareness memang penting dalam setiap aktiviti outdoor. Check route, check cuaca, pastikan gear lengkap dan yang paling penting tahu had kemampuan diri sendiri.
.
Swipe sampai habis untuk tengok 9 jenis risiko dalam aktiviti outdoor yang korang wajib tahu! 👀
.
Ramai pendaki kurangkan bawa air semata-mata nak beg ringan. Hakikatnya, bila badan mula kurang air, tenaga kita akan turun mendadak dan otak mula hilang fokus tanpa disedari. Bila dah hilang fokus, kesilapan mudah berlaku dan mengundang bahaya.

9 JENIS RISIKO SERING BERLAKU DALAM AKTIVITI OUTDOOR

Masalah tersesat selalunya bermula apabila kita terlalu yakin dengan laluan, hilang fokus, atau cuba membuat jalan pintas sendiri. Di dalam hutan, landskap boleh berubah dengan cepat terutamanya apabila hari berkabus atau gelap. Sentiasa peka dengan penanda trek dan jangan sesekali berpecah daripada kumpulan!
9 JENIS RISIKO SERING BERLAKU DALAM AKTIVITI OUTDOOR
Ramai salah faham ingat hypothermia hanya berlaku di gunung bersalji. Hakikatnya, redah hujan lebat, angin kuat di puncak, atau biarkan baju basah melekat di badan terlalu lama sudah cukup untuk turunkan suhu badan dengan mendadak. Jika badan mula menggigil teruk, segera tukar pakaian kering dan terus pakai jaket!

9 JENIS RISIKO SERING BERLAKU DALAM AKTIVITI OUTDOOR

Berada terlalu lama di bawah terik matahari tanpa perlindungan boleh membuatkan badan lesu dan mual. Jika tanda-tanda awal ini dibiarkan, ia boleh melarat menjadi strok haba yang sangat berbahaya. Sebaik sahaja mula rasa pening, segera berehat di tempat teduh, longgarkan pakaian, dan cuba untuk sejukkan suhu badan!

9 JENIS RISIKO SERING BERLAKU DALAM AKTIVITI OUTDOOR

Terseliuh atau kecederaan sendi biasanya terjadi pada buku lali dan lutut, selalunya akibat langkah yang tidak stabil atau pemilihan kasut yang kurang sesuai. Sentiasa berhati-hati ketika melalui laluan berakar, berbatu, atau licin.

9 JENIS RISIKO SERING BERLAKU DALAM AKTIVITI OUTDOOR

Keletihan melampau berlaku apabila badan dipaksa bergerak tanpa rehat dan tidak mendapat makanan yang mencukupi. Keadaan ini boleh menyebabkan otot cramp atau pitam. Elakkan memaksa diri melebihi had kemampuan.

9 JENIS RISIKO SERING BERLAKU DALAM AKTIVITI OUTDOOR

Serangan haiwan seperti lebah, ular, atau pacat biasanya berlaku bila habitat mereka diganggu. Sentiasa peka dengan persekitaran dan bawa ubat atau spray serangga.

9 JENIS RISIKO SERING BERLAKU DALAM AKTIVITI OUTDOOR

Hutan bila dah malam, memang gelap gelita sampai trek pun tak nampak. Bergerak tanpa lampu bukan sahaja buat kita lambat, malah mengundang bahaya tersandung atau jatuh gaung. Sentiasa pastikan headlamp ada dalam beg sebelum bertolak!

9 JENIS RISIKO SERING BERLAKU DALAM AKTIVITI OUTDOOR

Tapak kasut tercabut, powerbank rosak, atau lampu suluh mati di tengah jalan boleh buat kita panik. Kesilapan kecil pada gear boleh undang bahaya pada nyawa sendiri. Sentiasa buat pemeriksaan rapi semua peralatan penting dan bawa gear backup sebelum bertolak!

9 JENIS RISIKO SERING BERLAKU DALAM AKTIVITI OUTDOOR

.
Back to top