
KALAU HUJAN TURUN TIBA-TIBA MASA HIKING… KORANG TERUS JALAN ATAU BERHENTI CARI TEMPAT BERTEDUH?
Selalunya masa hiking, semua nampak elok pada awalnya. Langit cerah, badan masih ringan, mood pun masih tinggi. Kita jalan sambil berborak, ambil gambar, tengok pokok & alam, rasa macam trip kali ini memang menjadi.
.
Tapi di Malaysia, cuaca boleh berubah dengan sangat cepat. Tadi panas, tiba-tiba langit mula gelap. Angin berubah arah & bunyi guruh mula jauh-jauh kedengaran. Tak lama lepas itu, hujan turun. Masa inilah ramai mula tertanya-tanya, nak terus jalan atau berhenti cari tempat berteduh dulu.
.
Pada admin, ini antara situasi yang paling penting untuk orang outdoor faham. Sebab dalam hiking, 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮 selalu datang daripada keputusan yang dibuat ketika kita tengah dalam keadaan kelam-kabut. Kalau terus jalan, memang nampak macam pilihan yang praktikal. Kita fikir nak cepat sampai. Tak mahu buang masa. Tapi bila hujan makin kuat, trail boleh jadi licin. Tanah merah mula lembik. Akar pokok yang kita pijak pun boleh buat kaki tergelincir.
.
Dalam keadaan macam ini, 𝗿𝗶𝘀𝗶𝗸𝗼 𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵, 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗲𝗹𝗶𝘂𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗳𝗼𝗸𝘂𝘀 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶. Lagi-lagi kalau hari makin gelap atau visibility makin kurang. Bila badan dah basah, tangan sejuk, kasut berat, keputusan pun mudah jadi kurang tepat. Tapi kalau berhenti pula, itu pun ada risiko sendiri. Ramai ingat berhenti itu mesti selamat. Sebenarnya tidak semudah itu. Kalau berhenti terlalu lama dalam keadaan baju basah, badan boleh mula sejuk & tenaga boleh berkurangan. Mood kumpulan pun boleh berubah. Ada orang mula gelisah, ada yang risau gelap, ada yang mula panik sebab tak tahu apa nak buat.
.
Sebab itu dalam outdoor, jarang ada pilihan yang sempurna. Yang ada ialah 𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗶𝘀𝗶𝗸𝗼. Kadang-kadang kita terus jalan perlahan-lahan sebab tempat berhenti tidak sesuai. Kadang- kadang kita berhenti dulu sebab laluan di depan terlalu licin. Kadang- kadang kita cari kawasan yang lebih selamat untuk susun semula plan. Kena tengok keadaan sebenar. Tengok cuaca, tengok badan sendiri, tengok ahli kumpulan, tengok masa, tengok laluan, dan tengok sama ada kita masih ada cukup cahaya untuk bergerak atau tidak.
.
Benda kecil macam rain jacket, headlamp, dry bag, snack dan air memang nampak biasa. Tapi bila hujan turun tiba-tiba, benda inilah yang bagi kita kekal tenang. Bila semua ni tak ada, pilihan jadi amat sempit & terhad. Jadi kalau hujan turun tiba-tiba masa hiking, tanya 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗿𝗶𝘀𝗶𝗸𝗼 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗸𝗲𝗮𝗱𝗮𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗸𝘁𝘂 𝗶𝘁𝘂.
.
Korang kalau jadi situasi macam ini, biasanya akan terus jalan perlahan-lahan atau berhenti dulu cari tempat yang lebih selamat? Admin nak dengar pengalaman korang juga, sebab kadang pengalaman orang lain boleh jadi ilmu untuk komuniti outdoor kita.
.
