TYPE OF MORAKNIV FROSTS
Posted on 29/06/2022
at 09:40
by Muhammad Anas Rosli /
Review, Seminit Ra-Cun, Tips & Information, Tutorial
/ 0
Ni dia guys pisau Morakniv Frosts, pisau professional untuk butcher dan fishmonger. Morakniv Frosts ni ada beberapa series seperti Frosts G1, Frosts P, Frosts PAM, Frosts PG dan Frosts UG. Pisau macam ni biasanya orang akan tengok dua benda; pertama pemegang dan kedua fungsi.
.
Kita review dulu bab pemegang. Ada 3 jenis material yang digunakan untuk pemegang Morakniv Frosts; Polyamide, Polypropene dan TPE-rubber. Bahasa mudah untuk Polyamide dan Polypropene ni pemegang buat daripada material plastik. Walaupun plastik, texture pemegang ni ada jalur sikit untuk tambahkan grip. Tapi untuk TPE-rubber ni pulak pemegangnya dari plastik yang disalut dengan getah. Untuk yang tapak tangan mudah berpeluh tu digalakkan guna pemegang TPE-rubber supaya lebih grip.
.
Semua pisau ni ada fungsi yang berbeza; Slaughter (sembelih), Skinning (lapah), Boning (asing daging dari tulang), Filleting (asing isi dari tulang ikan), Kitchen (potong daging macam kat dapur), Paring (kupas buah), dan Bread Knife (potong roti) pun ada dalam Morakniv Frost ni. Bentuk mata pisau ni direka berbeza mengikut fungsinya. Contohnya pisau lapah/skinning matanya lebar dan terjongket dibahagian depan sebab melapah memang akan banyak guna bahagian depan pisau.
.
Untuk yang suka tolong melapah waktu raya korban nanti cukup ada skinning dan boning. Bab sembelih biasanya pak imam setelkan, kita tinggal nak lapah dan buang tulang je. Sementara ada masa ni boleh la nak survey pisau nak guna raya korban nanti.
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
Leave a Reply