ASAL USUL HAMMOCK
“Tahukah Anda, Hammock Wujud 1,000 Tahun Lepas ?”
.
Hammock mempunyai sejarah panjang sebagai tempat tinggal dan tempat berehat. Tapi siapa yang membuat yang memperkenalkan dan ini ke bentuk asal hammock?
.
Tiba masanya untuk dapatkan jawapan. Jom !
.
“Hammock” berasal dari perkataan Arwakan budaya Taino yang bermaksud “Jaring Ikan”. Hammock tradisional berasal dari Amerika Tengah oleh peradaban Mayan.
.
Pada asalnya, hammock tidak digunakan untuk bersantai, tetapi berfungsi sebagai perlindungan.
.
Keselamatan lebih terjamin apabila tempat tidur jauh dari binatang berbahaya dan serangga di iklim yang lebih panas.
.
Christopher Columbus merupakan individu yang membawa hammock ke Eropah setelah melihat penggunaannya secara meluas di kalangan orang Taino dari Bahama.
.
Semasa zaman penjajahan Sepanyol, kapas dan kanvas dibawa ke Amerika, dan mula dimasukkan ke dalam reka bentuk hammock yang kita kenal sekarang.
.
Hammock juga pernah digunakan oleh Tentera Laut Spanyol pada pertengahan abad ke-16 sebagai tempat tidur atas kapal. Dan abad ke-19 Penjara Britain menjimatkan ruang dan mengurangkan kos dengan menggantikan katil dengan hammock.
.
Penduduk US pula gunakan hammock sebagai penyelesaian praktikal yang murah untuk petani, dan barang riadah untuk keluarga yang kaya.
.
Menariknya evolusi penggunaan hammock telah berubah hingga ke harini. Sekarang, ramai yang memilih hammock untuk kongsikan pengalaman menarik dengan rakan – rakan dan keluarga.
.
Bahkan ! Company gergasi Google juga ada sediakan hammock untuk di office untuk pekerja mereka. Menarikkan..?
.
Lastly, pilih saiz yang hammock yang betul supaya keselesaan maksimum dapat anda rasakan.
.
Hah ? Terasa nak ada hammock jugak ke.. Komen je di bawah..
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorlovers #outdoorpromalaysia #outdoorjohor
Leave a Reply