Bag Kalis Air
Bercakap tentang “Bag Kalis Air”, semestinya tujuannya adalah untuk cegah dari barangan peribadi korang basah atau rosak dari terkena air. Terutamanya barangan eletronik korang kan. Persoalanya siapa yang berbaloi gunakan ? So Min ada senaraikan 6 pengguna yang paling COCOK untuk gunakan bag jenis waterproof ni.
.
1. Campers
Kebiasaanya campers akan cari tempat yang luar dari bandar seperti kawasan sungai, air terjun dan tepi pantai untuk camping. So potensi untuk peralatan korang terkena air memang tinggi. Tambah lagi kalau cuaca dah mula mendung. Memang lebih baik ada satu saiz lebih kurang 20L. At least bila hujan handphone, powerbank, kipas, lampu and even kunci kereta korang dapat diselamatkan
.
2. Hikers
Hikers situasinya tak banyak berbeza dari campers. Tapi yang buatkan hikers lebih memerlukan bila korang perlu teruskan hike dalam keadaan hujan. Takkan nak ambil risiko baju, alat tidur dan headlamp semua basah. Sejuk beku korang nanti.
.
3. Cyclers
Hah, ini trend yang viral musim PKP ni. Daripada Road Bike, MTB sampailah ke Touring Bike semua dah mula kayuh. Ini terpulang pada jenis kayuhan korang. Roadbike and MTB lebih sesuai dengan saiz yang kecik macam 2L. Cukup muatkan begduit, powerbank dan handphone dah memadai.
.
4. Rider
Rider ni yang lebih pada atas motosikal. Rider Food Panda, Courier and even yang pergi kerja gunakan motosikal pon berbaloi gunakan jenis bag waterproof ni. Selain dari safety barang dari kene hujan andai TERjatuh dari motor pon ada peluang barang korang still selamat.
.
5. Backpackers
Nah, Walaupon dalam waktu sekarang ni belum boleh untuk korang pergi ke mana – mana, tapi min percaya hasrat tu memang ada and korang dah ada destinasi kan. Memang berbaloi korang gunakan jenis bag ni. Sebagai bag utama pon mantap. Dah tak perlu risaukan berjalan waktu hujan. Pakai baju hujan and jalan je terus.
.
6. Outdoor Lovers
YES ! Kalau memang dalam diri tu minat outdoor aktiviti, korang memang perlu ada satu. Aktiviti kayak, snorkeling, diving, hiking semua ni memang terbaik kalau korang ada waterproof bag. Kalau korang belum pernah gunakan lagi bag jenis ni, memang min sarankan korang cuba.
.
Korang salah sorang dalam senarai kat atas ni ? Mungkin korang dah boleh prepare budget untuk dapatkan satu bag waterproof ni. Memang convenience ada satu bag waterproof ni.
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorlovers #outdoorpromalaysia #outdoorjohor
Leave a Reply