Tentukan Arah Kiblat Di Dalam Hutan ?
Arah kiblat untuk kita di Malaysia ada pada sudut 290 darjah pada kompas. Itu yang umum kita perlu tahu. 20 darjah dari arah barat ke utara. Situasi ketika di hutan mungkin sukar untuk kita tentukan arah kiblat terutama sekali sekiranya kita dah “sesat” dalam hutan.
Ada 5 Cara yang kitorang nak share dengan korang untuk tentukan arah dan seterusnya korang akan dapat tentukan jugak arah kiblat. Yang no 5 tu korang boleh try sekarang jugak ! Betul ke tidak arah kiblat.
1) Jarum Di Permukaan Air
.
Untuk tentukan arah paling simple, korang boleh gunakan jarum sahaja. Konsep jarum ni menggunakan tenaga magnetik yang terhasil pada jarum. Caranya hanya dengan:
.
a – Sediakan semangkuk air
b – Gosok jarum pada permukaan besi @ kain untuk menghasilkan medan magnet
c – Tusuk jarum pada gabus @ letak jarum diatas daun dan sebagainya
d – Apungkan jarum tadi diatas air
e – Jarum akan menunjukan arah utara
.
Bila arah utara korang dah dapat, halakan badan ke arah barat dan pusingkan sikit lagi ke arah utara sebanyak 20 darjah untuk menghadap ke arah kiblat. Yakin dan pasti itu kiblat dan mulakan solat.
2) Bayangan Antara Titik Masa
.
Sekiranya tiada access untuk korang dapatkan jarum, korang boleh gunakan sebatang kayu. Ambil kayu yang panjangnya lebih kurang sejengkal dan pacakkan pada tanah. Pastikan kayu selurus yang boleh dan kena pada cahaya matahari. Pastikan bayang kayu pada waktu sebelum tengahari berada di bahagian kiri. Tandakan pada hujung bayang dengan batu sebagai penanda pertama sebelum waktu tengahari dan tandakan satu lagi dengan batu ke 2 selepas waktu tengahari dalam tempoh waktu yang sama. Buat 1 garis lurus antara batu pertama dan batu kedua. Garis lurus ini menunjukkan arah barat pada sebelah kiri dan timur pada sebelah kanan.
.
Dengan ini korang boleh tentukan arah kiblat. Macam sebelum ni yang min dah bagi tau, pusingkan badan korang 20 darjah dari arah barat ke utara untuk dapatkan arah kiblat.
3) Bintang malam
.
Kalau malam hari korang nak tentukan arah, korang boleh cari bintang scorpio. 3 bintang yang duduk selari tu menunjukkan arah barat.
.
Ini perlukan ilmu yang lebih sikit untuk korang betul2 faham dan cekap untuk tentukan arah menggunakan bintang.
4) Kompass
.
Untuk korang yang belum tahu menggunakan kompas dan ada kompas di dalam hutan. Cara mudah untuk korang mencari arah kiblat adalah dengan :
.
a – Pusingkan compass bentuk 8
b – Letak pada permukaan rata
c – Selarikan arah Utara dengan Jarum penunjuk
d – Cari sudut 290 darjah
.
Kompas adalah peralatan yang paling mudah dan masih relevant hingga kini untuk korang tentukan arah kiblat. Sekarang ada kompas khas untuk tentukan arah kiblat.
5) Google Maps
.
Cara ni korang boleh gunakan andai kata korang masih ada internet connection semasa dalam hutan. Sangat mudah untuk korang gunakan.
Korang boleh try sekarang jugak tau.
.
a – Buka “Google Maps”
b – Search 21.422500 N, 39.826200 E (Coordinate Kaabah)
c – Tekan pada coordinate
d – Pilih : Measure Distance
e – Pilih “ICON Current Location”
f – Letakkan handphone korang pada permukaan rata
g – Selarikan cahaya yang bergerak dengan garis putus
h – Done
.
Cara ni membolehkan korang dapat terus menghadap arah kiblat ! Senangkan. Tak kira di mana pon korang boleh dapatkan arah kiblat. So tiada alasan untuk korang tinggalkan solat.. Selamat mencuba guys..
Leave a Reply