Hammock vs Tent
Hammock vs Tent: Pertempuran Yang Mana Tidur Malam Terbaik !
.
Untuk culture kita di Malaysia memang ramai yang gunakan khemah untuk camping dan backpacking. Tapi dalam masa yang sama, Team Hammock sentiasa menafikan dan merasakan hammock jauh lebih bagus daripada Khemah. So, harini kita akan buat sikit perbandingan dan tentukan siapa terbaik.
.
Aspek yang kita akan tengok adalah practicality, keselesaan, perlindungan, pilihan, size/berat, set up, kekangan dan semestinya harga. Hah, bila kita dah tengok semua aspek ni baru kita akan tau siapa yang terbaik antara dua ni. Jom kita tengok..
.
?️ Khemah sebagai Tempat Perlindungan :
Practicality | ⭐️⭐️⭐️(3)
Keselesaan | ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️(5)
Perlindungan | ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️(5)
Pilihan | ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️(5)
Size/berat | ⭐️⭐️(2)
Set up | ⭐️⭐️⭐️(3)
Kekangan | ⭐️⭐️⭐️⭐️(4)
Harga | ⭐️⭐️⭐️⭐️(4)
Khemah kurang praktikal untuk dibawa kemana sahaja. Terutamanya di kawasan yang sempit. Tapi memang tak dapat disangkal khemah sangat selesa dan menjamin keselamatan yang lebih untuk tidur terutama bersama dengan family. Dari aspek pilihan, banyak bentuk, saiz, teknologi dan aksesori ada untuk khemah namun kelemahan terbesar khemah pada min adalah saiz dan berat pada khemah. Setup pon ambil masa yang lebih lama. Untuk aspek kekangan, yang menjadi kekangan hanya pada bentuk muka bumi dan memerlukan ruang yang besar. Range harga khemah yang berkualiti boleh dapati antara RM 150.00 – RM 4,000.00.
.
?️ Hammock sebagai Tempat Perlindungan :
Practicality | ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️(5)
Keselesaan | ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️(5)
Perlindungan | ⭐️⭐️⭐️(3)
Pilihan | ⭐️⭐️⭐️⭐️(4)
Size/berat | ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️(5)
Set up | ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️(5)
Kekangan | ⭐️⭐️⭐️(3)
Harga | ⭐️⭐️⭐️⭐️(4)
Perfect score untuk practicality dan keselesaan disebabkan saiz yang yang sangat kecik dan berat paling minimum boleh mencecah 500g sahaja. Muat untuk dimasukkan dalam bag tanpa rasa terbeban dan dibawa ke mana sahaja. Tidur tak perlu rasa sakit badan disebabkan posture badan yang jauh lebih selesa dan tidak berbaring pada permukaan yang keras serta sejuk ketika tidur. Tetapi, kurang perlindungan dari unggas, nyamuk dan serangga serta hujan dan terik mentari JIKA aksesori tidak mencukupi. Kekangan ketara sekiranya kawasan yang tidak mempunyai pokok atau mana mana kawasan yang membuatkan kita tidak dapat gantungkan hammock. Dari aspek harga, hammock sahaja dengan kualiti yang tinggi boleh dapati dari range harga RM 100.00 – RM 800.00.
.
YANG TERBAIK adalah untuk korang sendiri tentukan. Min dah bagi aspek yang boleh menjadi penentu. Semuanya berbalik pada keadaan semasa kita nak bermalam.
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorlovers #outdoorpromalaysia #outdoorjohor
Leave a Reply