Tahap Waterproof Barangan Elektronik
Tentukan Sendiri Tahap Waterproof Kelengkapan Elektronik ?
.
Untuk perkongsian maklumat kalini min nak share dengan korang cara untuk tentukan sendiri tahap waterproof bagi produk elektronik. Kebiasaanya korang akan tanyakan pada sales person yang ada tentang produk, tapi sebenarnya korang boleh tentukan sendiri tanpa perlu tanyakan pada sales person. Produk elektronik yang mempunyai kebolehan waterproof akan mempunyai IP Rating (Ingress Protection) yang menunjukkan produk telah melalui proses semakkan yang digunakan secara international.
.
IP Rating adalah kombinasi abjad dan nombor (Cnth: IP 68, IP X7, etc..). IP membawa maksud “Ingress Protection” dan dua nombor seterusnya mewakili tahap pepejal dan cecair untuk masuk pada produk. Rating ini akan diletakkan pada produk info pada packing item. Semakin tinggi digit pada rating, semakin kuat tahap perlindungan. Untuk rujukan korang, Min sediakan sekali di bawah tahap bagi kedua dua digit.
.
☀️ Solid Object:
X – No protection
1 – Dilindungi daripada objek pepejal melebihi 50mm
2 – Dilindungi daripada objek pepejal melebihi 12.5mm cth tangan, alat besar.
3 – Dilindungi daripada objek pepejal melebihi 2.5mm cth. wayar, alat kecil.
4 – Dilindungi daripada objek pepejal melebihi 1.0mm cth. wires
5 – Perlindungan terhad terhadap kemasukan habuk.
6 – Dilindungi sepenuhnya dari kemasukan habuk.
7 – N/A
8 – N/A
9 – N/A
.
⛈ Cecair:
x – No protection
1 – Dilindungi daripada titisan air yang jatuh secara menegak.
2 – Perlindungan terhadap air yang menitis secara menegak ketika barangan dimiringkan sehingga 15°.
3 – Perlindungan terhadap semburan langsung pada sudut sehingga 60 °.
4 – Dilindungi dari percikan air dari arah mana pun.
5 – Dilindungi dari jet air tekanan rendah dari arah mana pun.
6 – Dilindungi daripada jet air bertekanan tinggi dari arah mana pun.
7 – Dilindungi dari rendaman jangka pendek dalam air.
8 – Dilindungi dari perendaman yang lama dan tahan lama di dalam air.
9 – Dilindungi daripada tekanan tinggi, jarak semburan suhu tinggi.
.
Jika alat elektronik korang mempunyai IP54 maksudnya barangan elektronik korang boleh digunakan di kawasan yang berhabuk dan hanya mampu terkena percikkan air. Kurang sesuai digunakan pada waktu hujan apatah lagi untuk direndamkan didalam air.
.
Sekiranya korang melakukan aktiviti caving atau aktiviti lain yang memerlukan kelengkapan elektronik untuk masuk kedalam air, pastikan IP rating at least IPX7. Jika kerosakkan berlaku pada barangan elektronik sepatutnya korang layak mendapatkan warranty claim ke atas produk.
.
Semoga ilmu kali ini bermanfaat pada korang. Jadilah pengguna outdoor yang bijak dan berilmiah.
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorlovers #outdoorpromalaysia #outdoorjohor
THANK YOU ABNG NOW SAYA DH TAU MCM MANA NAK PILIH FON YANG SESUAI TQQQQ SANGAT II SAYA YANG 13 TAHUN PUN NAK BELAJA TENTANG DON BANG TQQQ.