10 Lokasi Menarik Glamping di Malaysia
Checkout 10 port luar biasa indah yang tak sangka ada di tanah air kita sendiri.. Pastinya satu excitement buat #outdoorlovers semua..
.
Teringin nak pergi yang ke-6 tu la lepas PKP ni ?
#outdoorpromalaysia #outdoorjohor
TADOM HILL RESORT
.
Google Review : 4 / 5 Star (2,123 Reviewers)
.
Lokasi : Banting, Selangor.
Sesuai : Berkhemah, Family Day, Team Building and Short Escape
Aktiviti : ATV, Hike, Relax Santai, Berenang, Memanah, Obstacle Course and diving
.
Tidak Disediakan :
1. Wi-Fi
2. Pools / Hot Tub
3. Pets
4. OKU Accessibility
.
Tadom Hill Resort antara port yang terbaik di Malaysia yang mempunyai pemandangan yang sangat indah di samping kemudahan dan aktiviti yang pelbagai. Satu lokasi yang pastinya perlua ada dalam wishlist tempat untuk rekreasi.
Time Capsule Retreat
.
Google Review : 3.9 / 5 Star (198 Reviewers)
.
Lokasi : Sg Lembing, Pahang.
Sesuai : Family Day, Short Escape and Glamping
Aktiviti : Masak, Indoor Aktiviti
.
Tidak Disediakan :
1. OKU Accessibility
2. Pools
3. Pets
.
Dalam merasakan suasana Glamping, Time Capsule Retreat semestinya berjaya menyampaikan konsep yang luar biasa. Lokasi yang berdekatan dengan Airport dan Stesen Bus sangat memudahkan pengguna yang mendambakan sesuatu environment yang unik.
Tanjung Inn Tent Hunt
.
Google Review : 4 / 5 Star (344 Reviewers)
.
Lokasi : Balok, Pahang
Sesuai : Family Day, Team Building and Short Escape
Aktiviti : Mandi Laut, Relax Santai, Indoor Aktiviti
.
Tidak Disediakan :
1. Fitness Centre
2. Pools
3. Spa
4. Pets
.
Suasana yang sangat memukau dan siap dengan kelengkapan BBQ. Pasti korang taknak lepaskan peluang rasakan suasana yang sejuk dengan lokasi yang sangat dekat dengan pantai.
.
Seronokkann.. Hehe
Chengal Hill Resort
.
Google Review : 4.4 / 5 Star (101 Reviewers)
.
Lokasi : Bentung, Pahang.
Sesuai : Family Day, Majlis Kecil and Short Escape
Aktiviti : BBQ, Indoor Aktiviti, Berenang
.
Tidak Disediakan :
1. Food
.
Huish, gayat jugak tidur seakan terapung. Tapi memang menarik kalau ada pengalaman untuk rasa suasana di Chengal Hill Resort ni. Relaks santai je rasa suasana kat sini kan.
Mongolian Yurt
.
Google Review : 3.7 / 5 Star (80 Reviewers)
.
Lokasi : Kundasang, Sabah.
Sesuai : Short Escape
Aktiviti : Relax Santai
.
Tidak Disediakan :
1. Wi-Fi
2. Pools
3. Free Breakfast
4. Restaurant
5. Airport Shuttle
6. Business Centre
.
Fuhh, Bagi yang nak sejuk, port ni siap dengan di sajikan pemandangan terindah alam boleh bagi. Walupon banyak kemudahan yang kurang, tapi bayangkan dapat rasakan culture Mongolian di Malaysia dan suasana yang terindah memang pengalaman yang susah nak dapat kat tempat lain.
.
Tiket flight dah bookingkan ? K jom gerak..Haha
Tanah Aina Fahad
.
Google Review : 4.6 / 5 Star (53 Reviewers)
.
Lokasi : Dong, Pahang
Sesuai : Berkhemah, Family Day, and Short Escape
Aktiviti : Hike, Relax Santai, Durian
.
Tidak Disediakan :
1. Hot Tub
.
Ini memang sangat menarik. Bayangkan korang dapat tidur dalam Khemah Giant ni rasakan suasana camping sebenar dan dalam masa yang sama dapat menikmati segala kemudahan dengan sangat mantap. Siap ada guide trekking. Hehe.
.
Lama tak trekking ni.. Kasi on Jomm!
Kanopi Villa Glamping Park
.
Google Review : 3.6 / 5 Star (55 Reviewers)
.
Lokasi : Bentung, Pahang.
Sesuai : Family Time and Short Escape
Aktiviti : Relax Santai
.
Tidak Disediakan :
1. Hot Tub
2. Air Conditioning
.
Lokasi Villa ni memang sangat strategic. Berdekatan dengan Genting Highland, Skytrek Adventure dan Gunung Nuang. Korang boleh rekas and santai tapi dalam masa yang sama boleh dapatkan aktiviti lain sekiranya korang perlukan.
.
Teringin pulak tidur dalam khemah tu.. Hehe.
Saujana Janda Baik
.
Google Review : 4.1 / 5 Star (37 Reviewers)
.
Lokasi : Bentung, Pahang.
Sesuai : Family Day and Short Escape
Aktiviti : Relax Santai, Mandi Sungai, Masak.
.
Tidak Disediakan :
1. Wi-Fi
2. Hot Tub
.
Kalau min kat sini, letak barang terus ke sungai celup kaki dulu. Mana boleh tahan, keluar tempat penginapan jumpa sungai. Hehe.
.
Terasa macam duduk kawasan kampung je..Haha
MT Kinabalu Holiday Camp
.
Google Review : 4 / 5 Star (2,123 Reviewers)
.
Lokasi : Ranau, Sabah.
Sesuai : Family Day and Short Escape
Aktiviti : Relax Santai
.
Tidak Disediakan :
1.Hot Tub
.
Unikkan dapat spent time kat sini. Dah laa dekat dengan Hot Spring Ranau, Dairy Farm and paling syok dekat dengan Rafflesia Garden.. Bestnya.
Tubotel
.
Google Review : 4 / 5 Star (318 Reviewers)
.
Lokasi : Pantai Cenang
Sesuai : Family Day and Short Escape
Aktiviti : Relax Santai, Berenang, Golf
.
Tidak Disediakan :
1. Pools
2. Pets
3. OKU Accessibility
.
Ini pon antara port yang menarik kalau nak glamping. Semua kemudahan cukup dengan wifi, breakfast and parking semua ada. Datang just relaks and chill jee.
Leave a Reply