Kategori Flashlight
Bukan sekadar Lumen ! Tapi sesuai ke flashlight yang korang ada dengan tujuan penggunaannya ?
.
Posting kalini, min nak share tentang kategori flashlight yang korang kene tahu sebelum pilih flashlight sesuai atau tidak dengan aktiviti yang korang nak buat. So teruskan menimba ilmu ..? korang mesti terperanjat nanti..
.
4 Kategori Flashlight adalah :
☀️ Utility Flashlight
☀️ Heavy – Duty Flashlight
☀️ Work Flashlight
☀️ Tactical Flashlight
.
Kategori pertama iaitu Utility Flashlight. Kebiasaanya gunakan incandescent bulb yang mana teknologi mentol yang lama gunakan . Flashlight jenis ni sesuai digunakan hampir untuk semua tujuan tapi tidak sesuai di gunakan untuk tujuan harian.
.
Heavy-Duty Flashlight adalah kategori seterusnya. Flashlight kategori ni berlawanan sifat dari kategori sebelumnya. H-Duty flashlight mampu menahan impak. Sesuai digunakan semasa trip atau memburu. Selain bateri consumption yang bagus, H-Duty flashlight sesuai digunakan untuk harian. Kalau korang rasa dah jumpa categori sesuai cuba tengok next ni.
.
Kategori ketiga adalah Work Flashlight. Kebiasaanya digunakan oleh golongan professional seperti technician dan confined space worker. Flashlight jenis ini lebih mementingkan fungsi seperti rechargeable battery, focusable, glove friendly, EX rating dan berat yang sesuai. Kualiti material yang digunakan selalunya lebih bagus dan design pastinya memudahkan pengguna. Silap specification dari flashlight boleh mendatangkan kemalangan terutama sekali bagi kerja sektor oil and gas.
.
Terakhir sekali adalah Tactical Flashlight ! Untuk kategori ini sesuai untuk abang pertahanan kita seperti Polis, Bomba dan sebagainya. Kebiasaanya untuk kategori ini memerlukan lumen yang tinggi mencecah 1,000 Lumen. Selain itu, flashlight jenis ni mampu bertahan cuaca dan impak. Ada kes di mana flashlight punca angota terselamat daripada peluru. Nampak simple tapi impak dia tak pernah jangka.
Leave a Reply