Ultralightweight Tent
Pendekatan Ultralightweight boleh menjadi sangat “bangsawan” tetapi ini menjadi pelaburan yang bermanfaat untuk korang dalam jangka masa panjang.
So, sebelum korang melabur min nak korang ada maklumat tentang perkara ni. Apa yang dikatakan sebagai khemah Ultralightweight ? Berat khemah yang korang nak purchase adalah di bawah 3 Pound (<1.3Kg) di kalsifikasikan sebagai Ultralightweight. Khemah yang berat lebih daripada ni hanya di klasifikasikan sebagai lightweight.
Maka dengan itu, pastikan Berat ikut klasifikasi !
Siapa pulak min yang paling sesuai untuk pendekatan Ultralightweight ni ? Semua aktiviti sesuai untuk gunakan, lagi lagi No4 tu. Tapi paling sesuai adalah :
☣️ Backpackers
Backpackers boleh jadi trip dalam negara dan luar negara. Dan menjadi lumrah untuk diorang meminimumkan semua perkara dari aspek budget dan kelengkapan. Bayangkan, kene transit flight dan nak bawak khemah biasa tu tukar flight. Fuh, Basah ketiak kalau min.
☣️ Kaki Pancing
Memang sinonim untuk kaki pancing ni cari lubuk2 baru untuk diorang berentap. Tak terkecuali masuk dalam hutan yang jarang orang gunakan dan perlu gunakan bot untuk ke “port” pancing. Jadi memang diorang perlukan ultralightweight tent supaya setiap pergerakan dan perjalanan berjalan dengan lancar.
☣️ Basikal Touring
Untuk yang minat touring berbasikal, mereka memang memerlukan sangat ultralightweight tent. Kayuhan mengambil masa berhari2 dan kebiasaanya mereka akan berhenti kayuh dimana sahaja tak kira tempat. Dah penat kayuh nak pasang khemah berat2 memang tak lah kalau min..Hehe
☣️ Perempuan
Betul. Perempuan. Bukan min racist pada gender, tapi min risau kalau perempuan di luar sana yang terjumpa dengan “Si Kadir” masa buat aktiviti. Hah ! Nampakkan kenapa perempuan. Ultralightweight ni atleast tak bebankan kaum wanita dalam masa sama protection dari “Si Kadir”. tapi tu lah. Min dengar sekarang “Si Kadir” mangsa dia rawak. Sama jantina pon ON.. Jeng jeng jengg..
Min, Selain dari diorang ni tak sesuai ke khemah ultralightweight ni ? Bukan tak sesuai, boleh je. Tapi untuk aktiviti lain ada ke keperluan nak gunakan.. Kalau takde baik guna khemah biasa je yang jauh lebih murah dan jimat. Kalau ada rezeki lebih or dah lama kepingin boleh je..
Leave a Reply