Sesat Dalam Hutan?
S.T.O.P adalah perkara pertama kalau tersesat dalam hutan. Bukan panik ! Bukan gelabah..
Bayangkan anda tengah hiking/trail run/memburu dalam hutan dan terpisah daripada kumpulan. Tindakan pertama anda akan menjadi penentu untuk anda survive. Benamkan dalam otak sesat S.T.O.P
Apa yang tersirat dalam S.T.O.P ni..? Meh min share sikit.
? S : Stop/Behenti. Amik masa untuk lihat persekitaran, tenangkan hati dan pastikan anda dalam persekitaran yang selamat.
? T : Think/Pikir. Fikirkan mana lokasi terakhir anda bersama kumpulan. Berapa lama terpisah dan apa tindakan selanjutnya dapat membantu.
? O: Observe/Pemerhatian. Perhatikan masa semasa, keadaan rupa muka bumi dan ada terdengar atau ternampak punca air.
? P: Plan/Rancang. Rancang samada anda ada masa yang cukup untuk ikut semula jejak kebelakang atau ada peralatan yang mampu menarik perhatian siapa yang berdekatan dengan anda.
Wisel adalah peralatan yang efficient untuk menarik perhatian orang sekeliling. Lebih jauh bunyi yang dihasilkan boleh didengar, lebih tinggi peluang orang sekeliling dengar.
Cara meniup wisel :
S.O.S : 3 tiupan pendek (1saat/tiupan), 3 tiupan panjang (3saat/tiupan) dan 3 tiupan pendek (1saat/tiupan).
Ambil masa 2minit sebelum meniup mengikut aturan yang sama. Lakukan selama mampu bagi memastikan ada yang mendengar. Tiup dengan cara yang betul supaya isyarat lebih mudah sampai pada yang mendengar.
Situasi tak diingini muncul bila tak disangka. Jangan ambil mudah .
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
Leave a Reply