Trekking Pole
“???????? ?? ?????? ????? ??.. ????? ???? ?? ??????..!!” ???? ????? ?? ????..
.
Trekking pole menjadi lebih rumit dengan pelbagai bentuk, ciri, dan jenama yang ada, mungkin kelihatan terlalu rumit. Kami di OUTDOOR PRO highlightkan part2 yang perlu di ambil kira sebelum anda buat keputusan membelinya : dari strap, grip hingga ke Basket dan Tip.
.
Semoga semua mendapat ilmu dan menjadi hikers yang menggunakan peralatan kerana specifikasi item tersendiri dan bukan hanya dengan melihat orang lain pakai nak guna.
.
Sama2 KONGSI kan ilmu ini semoga bermanfaat ..! Hah, yang mana rasa nak guna kayu pon boleh. Semoga masa nak guna tu jumpa laa kayu yang panjang sesuai, tak patah masa nak guna and ringan. Admin cakap jee.. HEHE
MATERIAL, BENTUK, SAIZ
.
Apa material yang ada ? Untuk bahagian “GRIP” material yang digunakan ada yang dibuat daripada rubbers, foams, cork compositions, and plastics.
.
Setiap material mempunyai daya cengkaman yang berbeza. Grip sepatutnya selesa di pegang walaupon berpeluh atau hujan.. !
.
Bentuk kebanyakkannya seperti di gambar, ada yang Ergonomic, Berombak atau T-shape.
.
Saiz Grip untuk pastikan cengkaman di bahagian grip penuh dan padat untuk maksimum keselesaan dan efficient.
.
TAMBAHAN … !!
Ada trekking pole yang mempunyai Grip extensions yang selalunya grip akan lebih panjang ..! Ini dapat membantu hikers yang selalu mengubah genggaman mereka.
BAIK atau BURUK ..? Bincangkan ..
.
Tali yang disesuaikan dengan betul menawarkan sokongan, jadi anda tidak perlu memegang trekking pole terlalu ketat dan memenatkan tangan anda.
.
Penggunaan yang betul adalah memasukkan tangan dari lubang bahagian bawah ke atas.
.
So, Mana buruk nya ?
.
Andai ketika anda sedang hiking dan tergelincir atau hilang keseimbangan yang mana menyebabkan anda jatuh, pastinya tangan diperlukan untuk menahan impak dari jatuh. Adanya strap menyebabkan Trekking pole sentiasa di tangan dan menyusahkan anda untuk tahan dan kebarangkalian untuk dislocate bahagian pergelanggan tnagan atau terseliuh sangat besar ..! Auuch.. !!
.
So apa pendapat anda ..? Adakah STRAP menjadi keutamaan ada pada trekking pole atau menjadi keutamaan untuk tidak ada .. hehe
Internal ke External
.
Kebiasaanya untuk Internal Locking Mechanism user cuma perlu memusingkan bahagian bawah locking sama ada untuk mengetatkan pada panjang yang nak atau longgarkan untuk buat adjustment.
.
External Locking System selalunya berbentuk seakan “clip” yang membolehkan anda untuk buka dan tutup dengan mudah.
.
Untuk membuat pilihan tentang ini bergantung pada keselesaan anda menggunakan mechanism yang ada.
Yang penting, Locking Mechanism mana yang anda pilih pastikan ia LOCK dengan baik. Jangan melorot bila saat anda perlukannya.
BASKET BUAT APA ?
.
Basket ni ada macam2 rupa dan bentuk. TIPS dia kat sini adalah tengok pada bentuk dan saiz “BASKET” ni.
.
Saiz yang kecik dan bentuk macam mangkuk tu lebih sesuai digunakan untuk aktiviti hiking kawasan tanah terutama tanah lembik untuk elakkan pengguna pacak trekking pole mereka dan terjerlus ke dalam tanah.
.
Saiz besar memang sesuai untuk digunakan pada kawasan yang bersalji.
.
TAHUKAH ANDA ! Basket pon elakkan trekking pole anda tersekat pada celahan batu.. Hehe.
PENUTUP HUJUNG ..
.
HAH ! Untuk bahagian hujung trekking pole kebiasaannya ada penutup. Selalunya kita bukakkan, betul cara tu. Tapi apa fungsi lain benda ni ?
.
Penutup yang macam dalam gambar bahagian tengah ni fungsinya adalah untuk waktu simpan. Supaya hujung trekking pole tu tak rosak. Dalam masa yang sama boleh digunakan untuk trekking di kawasan tanah yang kering.
.
Tip bentuk kasut tu mmg design dia khas macam kasut dan getah dia pon sama macam kasut. KENAPA ? Sebab Tip tu memang digunakan kalau trekking JALAN TAR.. Hehe.
.
TAHUKAH ANDA ? Tip ni ada jual berasingan pastikan sesuai dengan trek kita semasa aktiviti.
Wow..Wow..Wow..Wow..
.
Kami bagi EXTRA MAKLUMAT. Tahukah anda trekking pole juga boleh menggantikan tiang khemah anda.. Tak payah bawak tiang khemah. Dah kebetulan pakai trekking pole guna je untuk setup khemah. MACAM DALAM GAMBAR ..
Leave a Reply