7 Camping Hacks Semasa Camping
❞????? ????? ❗ ?????? ??? ?????? ???? ?? ???? ???????..❓❞
.
Untuk sesi sharing kali ni Min bagi korang HACK sikit system camping korang supaya ?????? ??????..❗ Ini Min dah buat sendiri masa camping, tu bagi korang Feedback ni.
.
No.6 mesti korang tak pernah terdetik nak buat..‼️
1. DIY Lampu Lantern
.
Ada botol ada lampu settle. Tak semestinya korang kene ada headlamp ! Pakai apa2 alat yang keluarkan cahaya pon boleh.
.
Masalah Common:
1. Takut gelap. (anak or isteri)
2. Nak lepak dalam khemah tapi terlampau terang.
3. Lilin bahaya
2. Sorter
.
Sorter tak semestinya IKEA. Tapi IKEA punya sorter macam2 saiz min tengok. So, bukan je korang boleh guna kat rumah. Masa camping pon sesuai tau.
.
Masalah Common :
1. Baju bersih susah nak amik dalam bag.
2. Anak2 kecahkan barang dalam bag.
3. Baju bersih and kotor bercampur.
4. Susah nak asingkan baju masing2.
3. Pemanas
.
Memang Ohsem kalau dapat camping tepi pantai or atas gunung kan. Tapi bila malam menjelma disertakan hujan, PERGH ! Sejuk beb. Itu time la cari sleeping bag, gebor bagai kan.. Boleh jugak ikot Hack ni..
.
Masalah Common :
1. Kesejukkan terutama malam menjelma.
2. Kaki je tetiba sejuk.
3. Mula rasa tak sedap badan.
4. Penggantung Barang Kecik
.
Korang amik je tali rentaskan hujung ke hujung khemah korang. Buat gantung barang2 kecik yang susah nak cari. Kunci kereta, Headlamp, and Topi. Senang capai. Tak laa menggila bila nak cari.
.
Masalah Common :
1. Salah letak
2. Bersepah entah ke mana
3. Tercicir
4. Kene rembat / Hilang
5. Tong Sampah Pop-Up
.
Bakul ni Min suggest bawak 2 unit sebab korang boleh buat letak baju kotor and dalam masa sama jadi tong sampah. Jadi RESPONSIBLE CAMPERS ! Respect alam. Tapi Min percaya korang semua ni memang sampah campin bawak balik rumah then baru buangkan..
.
Masalah Common :
1. Sampah di luar tong sampah
2. Plastik sampah koyak bila ikat
3. Gambar buruk bila plastik sampah gantung termasuk
4. Sampah main campak je
6. Alas Lantai Foam
.
Hah ! Korang selalu bawak sleeping mat or yoga mat kan. Min bawak anak min punya alas mainan je. Dia punya selesa 3 kali ganda lebih la. Kene pulak ada tilam angin and angin sepoi2 bahasa dari pantai. Memang tak bangun laa… Haha
.
Masalah Common :
1. Sakit badan baring kawasan keras
2. Terasa macam ada benda gerak2 bawak khemah
3. Batu tajam
4. Akar pokok cucuk2 belakang badan
7. Zip Melekat
.
Letakkan sikit wax pada zip supaya bila bukak smooth jer. Takdelha rosak khemah tuu. Lagi sakit bila nampak anak tak boleh bukak tapi depan mata nampak dia paksa. Perghh ! Haha.
.
Masalah Common :
1. Cover zip melekat dengan zip
2. Zip melekat dengan material lain
Leave a Reply