Kalau baru nak mula masuk dunia camping, jangan terburu-buru beli semua gear sebab ikut trend je. Padahal tak semestinya semua tu sesuai dengan keperluan sendiri. Lebih penting sebenarnya faham dulu apa yang betul-betul kita perlukan untuk camping yang simple dan selesa.
.
Sebelum pergi trip pertama, elok sangat kalau test dulu barang dekat rumah. Cuba pasang khemah, try guna stove, check lampu, sleeping bag semua tu. Benda kecil macam ni nampak simple, tapi bila dah sampai campsite nanti baru tahu sama ada ok atau ada yang tak kena. Jangan lupa juga plan betul-betul makanan dan air secukupnya, sebab ini antara benda paling cepat buat trip jadi tak syok kalau tak cukup.
Selain tu, jangan packing berlebihan atau terlalu sedikit. Kalau terlalu banyak, memang serabut, ambil masa lama nak susun dan setup. Tapi kalau terlalu sikit pula, banyak benda penting tak cukup bila nak guna. Sebab tu penting packing ikut keperluan, ambil yang betul-betul kita guna supaya lebih ringan, selesa dan tak serabut.
.
Bila sampai campsite, baru sedar sebenarnya yang penting tu sikit saja, selebihnya hanya tambah beban dan buat perjalanan jadi lebih letih daripada sepatutnya.. Lagi satu yang selalu orang skip, check cuaca dan lokasi sebelum bergerak. Kadang hujan lebat atau kawasan tak sesuai, tapi tak check awal, jadi tak sempat nak buat persediaan untuk sebarang kemungkinan macam cuaca buruk atau keadaan tapak yang tak sesuai.
Sebenarnya, camping kali pertama tak perlu terlalu complicated. Lagi simple persediaan, lagi mudah nak enjoy pengalaman tu. Yang penting bukan berapa banyak gear ada, tapi macam mana guna apa yang ada dengan betul. Bila preparation cukup, camping pertama tu boleh jadi satu pengalaman yang tenang, seronok, dan buat rasa nak pergi lagi lepas tu!
.





