Navigation
Account
Cart 0 items for RM0.00

No products in the cart.

lantern

4 JENIS KAYU API DARI FIREWOOD.KL

Korang biasa pakai kayu api waktu camping? Ada orang pakai kayu api untuk buat unggun api dan ada juga yang gunakan untuk memasak. Sekarang ni agak susah untuk dapatkan kayu yang sesuai dijadikan kayu api. . Di Outdoor Pro, kami juga ada menjual kayu api dari beberapa jenis kayu. Antaranya ialah kayu getah, kayu akasia, kayu rambutan, dan kayu leban. Setiap kayu ni mempunyai ciri-ciri dan kelebihan yang tersendiri.

Read More

9 PRODUK WOODCRAFT YANG POPULAR DI KALANGAN CAMPER

Bila sebut pasal woodcraft pasti kita dapat bayangkan produk yang dihasilkan daripada kayu. Tak kira di rumah, pejabat, ataupun ketika camping pasti ada peralatan yang diperbuat daripada kayu contohnya meja, kerusi, rak, dan pinggan mangkuk. . Di Malaysia, produk woodcraft untuk peralatan camping semakin mudah untuk diperoleh dan bagi yang kreatif produk woodcraft ni boleh dihasilkan sendiri. Kebanyakan produk woodcraft ni diperbuat dari kayu luar negara seperti kayu Pine, Beige, dan Oak kerana urat kayunya lebih cantik dari kayu tempatan. Bagi kayu tempatan pula, kayu getah antara yang digunakan bagi menghasilkan woodcraft kerana warnanya yang cerah.

Read More

BAREBONES RAILROAD

Salam akhir tahun gais!! Harini min nak kongsi video product review untuk Barebones Railroad Lantern. Ya, lantern Aesthetic dan Classic kegemaran ramai, bukan setakat boleh bawa masa camping je malah korang bole display kat rumah untuk tujuan decoration.

Read More

FUEL LANTERN VS RECHARGEABLE LANTERN

Perkataan lantern berasal dari bahasa Greek, ??????? yang membawa maksud ‘untuk menerangi’. Sebutannya berubah mengikut zaman menjadi ??????̄? (Greek), kemudian ???????? (Latin), ???????? (French lama), dan akhirnya menjadi lantern (English).Zaman dulu, lilin digunakan sebagai sumber nyalaan api untuk lantern. Mengikut peredaran zaman, minyak seperti minyak tanah (kerosene), disel (diesel) dan petrol (gasoline) mula digunakan sebagai bahan bakar. Terkini, lantern sudah menggunakan cahaya dari mentol elektronik atau LED.

Read More

GLAMPING & HAMMOCK FIESTA MALAYSIA 2022

Outdoor Pro mengucapkan tahniah kepada penganjur diatas kejayaan menganjurkan Glamping And Hammock Fiesta Malaysia (GHFM) di Tiger Base Camp, Kota Tinggi, Johor pada 3 & 4 September 2022. Terima kasih atas sokongan dan penyertaan para peserta yang sangat membantu menjayakan program tersebut. Korang semua memang AWESOME!!!!

Read More

10 KIPAS CAMPING TERBAIK TAHUN 2022

??? ????? ???? ????? ??? . Ada orang kata camping ni tak payah bawa banyak barang. Cukup barang basic je dah boleh on. Ya, korang betul, tapi tu nak camping sorang atau dengan kawan-kawan bujang boleh la. Kalau camping sekali satu family dengan anak-anak kecik takkan la nak bawa barang untuk guna sorang kan? . Bila camping dengan family ni antara perkara yang boleh buat hilang mood ialah anak mengaruk sebab panas. Kalau nak berkipas pakai kipas tangan boleh je tapi takut nanti mak bapak pulak mengaruk tangan lenguh. Jadi solusi terbaik kena la standby kipas camping.

Read More

10 LANTERN PERKHEMAHAN TERBAIK

?????? ?????? ????? ???????? . Lantern yang baik menjadi keperluan ketika berkhemah. Penggunaan lantern yang bagus dapat menjadikan perkhemahan korang lebih sempurna. Perkara yang penting semasa memilih lantern adalah kecerahan (lumen), masa operasi, berat, cara penyimpanan, dan sumber kuasa (gas atau elektrik) . Penggunaan lantern dapat menerangi seluruh campsite dan memudahkan korang untuk melakukan kerja dengan menggunakan kedua belah tangan. Selain untuk berkhemah, lantern juga sesuai diletakkan di dalam kereta atau di rumah sebagai persiapan jika berlaku kecemasan.

Read More
Back to top